Tuesday, November 30, 2010

muhasabah bersama~~

hari ini tak nak tulis panjang2..cukup lah ilmu yang pendek buat renungan..mudah mudahan kita boleh memperelokkan diri kita menjadi lebih baik....

~pernah suatu ketika si fulan bertanya kepada Imam Hassan alBasri, "kenapa orang yang sentiasa melakukan tahajud wajah mereka berseri-seri, indah , cantik?..."jawabnya" mereka bangun tahajud bagaikan mereka berkhalwat dengan Allah...maka Allah pakai kan cahaya kepada mereka"....

kadang2 bila dah lama tak buat, sek lupa je..sedey la terasa amalan makin kurang...macam ne orang nk tgok kita nmpak berseri-seri, cantik, dan indah kalau tahajud pun dah jarang buat..insya Allah lepas ni akan buat dan istiqamah..ameeennn...

ade lagi satu kata-kata dan ia membuat kan aku terasa wahhhhhh nampak aku sangat banyak dosa..aku mula berasa takot bila mengigatkan kata-kata ini....

~diantara tanda orang yang banyak berdosa, padanya tidak pernah terbuka untuk b' qiamullail dan dan puasa disiang hari~

aku dah semakin malas nak bangun tuk qiamullail...tapi bila aku terbaca kata-kata tu, aku mula rasa takut...aku dah terasa banyak nya dosa aku kumpul sehingga aku dah jarang wat qiamullail..nampak nya aku kene selalu bermuhasabah diri tuk perbaiki segala amalan ku..insya Allah aku akn berubah...yang kurang aku akn tambah..mekaseh ya Allah kerana mengigat kan aku tika terlupa...(^_^)

Monday, November 29, 2010

hikmah ayatmu untukku...

indah nya bahasa mu untuk ku..aku terdiam bila kau mampu mengukir nya dengan hati dan jari jemari mu yang ikhlas..


Katanya: 


"kerana daku amat mencintai lelaki ini..aku slalu mnanyakan adkh ini khayalan atau illusi..hadirnya dia di dlm hdpku sprt melengkpkan tlg rusukku..ibarat hatinya dan hatiku brgabung mnjadi stu..mngejar stu impian dan hrpn yg sama..ak brhrp kasihnya seperti mentari yg selalu menerangi pagi yg indah..tatkala hujan dtg mencurah dia akan ttp menjadi payung melindungi aku dari basah"

Katanya lagi:

mungkin takdir tuhan blm menemukan kami..tatkala ini aku yakin bahawa tuhan ingin memberi sesuatu yg lbh indah..kerana aku insan biasa yg selalu lupa dibuai nafsu..aku bukan malaikat..aku berdoa agar diri ini diberi kekuatan untuk mengharungi hari2 mendatang dgn tabah..menanti saat itu aku akan tetap kuat dan tabah..aku menyerahkan segalanya kpd Allah kerana dialah penciptaku..juga pencipta dirinya..Allah memegang hatinya..dia juga milik Allah..siapakah aku untuk terus tamak mengikut kehendak hati sedangkan penciptanya lebih layak ke atas dirinya..aku akan terus menanti penuh berharap..kerana aku yakin Allah itu maha adil..aku memohon agar aku tetap diberi kekuatan seperti gunung ganang menghijau yang sentiasa gagah berdiri..

Terus berkata:


aku bukan cinderella atau puteri salju yang menunggu datangnya puteraku itu..kerana aku adalah wanita bertuah yang menjadi suri dihatinya bukan kerana kecantikanku..aku tidak tahu sejak bila perasaan itu hadir menyelinap ke dalam jiwaku..kerana bagiku ianya sukar untuk ku bariskan ayat demi ayat..kerana cinta itu hadir secara tiba tiba tetapi buktinya lahir melalui pengorbanan yang tidak pernah mengharapkan balasan..air mata yang di balas senyuman..juga kesakitan yang di balas kesembuhan..kejauhan itu tidak terasa kerana dekatnya mata hati yang saling memerlukan..alangkah indah jika perasaan ini diikat oleh satu pertalian yang halal...

aku tersenyum merasa kan kesetiaan mu..lalu aku berkata, mekasih segalanya..

Katanya terus:


tatkala salju turun dan kesejukan mula terasa..aku sering berangan sendirian..alangkah seronoknya jika nikmat ini dapat kurasai bersamanya..melihat anak2 kami bermain salji di halaman rumah..memakai baju sejuk yang tebal bersama topi yang comel..dan pipinya kemerahan kerana kesejukan..dia mendukungnya dan membawanya masuk ke rumah..alangkah bahagianya melihat telatah si kecil...ah angan2 ku terlampau tinggi bukan..aku tidak menyangkal naluri seorang wanita untuk bergelar ibu kepada anak2 nya itu menebal di dalam diriku..adakah aku mampu memberikannya zuriat yang soleh dan solehah..aku berharap Allah mendengar bisikan hatiku ini..semoga ianya tercapai pada satu hari nanti...






adakah anak2 comel sebegini yang kamu bayang kan..hik2..


aku berkata dalam diri ku...mekaseh menegur ku apa aku terlupa..ku harap apa yg kamu katakan itu, diberikan tuhan kesempatan..ameeennnn...mekaseh atas kata2 itu..aku sangat terharu...aku juga merasakan apa yg kamu rasa...ku harap masa yang akan tiba akan dtg secepat nya...ku tetap sabar menanti mu seperti kau menanti ku 5 tahun yang lalu untuk ku...

adakah perjalanan ku umur ku perjuangan ku masih panjang..aku harap tuhan beri kesempatan....harap dia masih lama untuk ku...jaga lah dia ya Allah seperti mana kau jaga dan  nasihat kan hati2 kami supaya bersabar...


Sunday, November 28, 2010

kisah cinta ku..

jauh disudut hati sebenar kita sama mengerti nilai percintaan di seawal usia sebelum berkahwin adalah satu perkara yang salah..seperti mana engkau mendengar usrah bahawa sebuah bukit yg tinggi..kalau kite memikul beban banyak, macam ne nak naik bukit yg tinggi..beban tu ibarat dosa2 kita dan nak mencapai ke puncak bukit adalah ibaratkan sbgai menuju ke syurga..kalau banyak dosa yg kita pikul bagaimana kita hendak menempah syurga disana..

kadang kala bila aku duduk seorang diri dan termenung, aku selalu ingat, adakah apa yang aku bawa kan skrg ni betol...adakah cinta aku sebelum berkahwin ni adalah diredhai??..aku sedar kapel itu haram..kadangkala aku tanya macam na aku nak beritau si dia, adakah aku kuat tuk menghadapi nya, adakah aku boleh istiqamah bila aku cakap, boleh tak kita berpisah dan saya akan kahwin dengan awk,tunggu saya ye..adakah bila aku wat gitu, amalan aku akan bertambah baik??atau semakin teruk??aku buntu kadangkala..aku tanya kepada diri ku, aku tak kuat rasanya tuk buat begitu...tp aku menjawab juga di dalam hati ku, "man kau tak cuba man macamna kau nak tahu kekuatan tu ade ke x"..

kalau boleh aku nak bertunang tau berkahwin skrg sbb bila aku bercakap, aku menelefon, aku melihat wajahnya x timbul rasa berdosa dalam hati...bila meluahkan kepada orang tua,  "mak, sepupu man dah nak kawin dah, anak mak ni bila lagi..(smbil gelak kecil kerana bergurau).."ar kumpul duit kalau nak kawin..xde duit nak bagi anak orang makan pe??nanti kang datang sebelah sana, anak saya ni kelulusan luar negara jadi mahal la sikit ya, kalau xde duit mak nak ckp pe,so kumpul duit, jangan menggatal nak kawin"..."yela man nk kumpul la ni..bukan nak kawin skrng pun..tula orang2 tua zaman sekarang, bila anak nak tunang ke nak kawin ke, ckp anak gatal la pela (smbil menjawab ngn nada gurau)..zaman skrg dah lain tak macam zaman dulu, jiwa anak2 muda nafsu sume dah semakin besar sbb ape yg di nampak disekeliling nya..sbnrnye bukan sbb nafsu ingin kawin, kadangkala bila anak dah ade pakwe makwe ni orang tua tak paham anak diowg tgah kumpul dosa banyak2..jadi bila dah ade rase suka antara laki dan pompuan, kene la jadi kan nye halal sbb even anak kita ckp syg kepada pasangan die pun dah kira berdosa..mak ayah pun berdosa kerana membenarkan anak melakukan dosa..ya Allah...

tunang adalah jalan yg terbaik tuk pasangan leh bercakap, berbual melalui telefon, menyatakan rindu..tp had2 nya masih ada..seperkara itu sahaja yg dah halal, tp secara lahir dan batin nya belum lagi cntoh nya masih belum boleh lagi berpegang tgn, masih belum boleh lagi melakukan sesuka hati sperti pasangan yg dah kwin..tp mungkin itu yg terbaik..kalau selagi tak bertunang, rindu sayang yg kita luahkan tu adalah satu dosa..Allah berat nya hati ini...tula ibu bapa kita tak faham situasi anak remaja sekarang..suka anak2 melebarkan dosa...aku bukan ape, cuma rasa berdosa selagi aku tak bertunang bila aku menyanyangi seseorang perempuan..

aku tahu dia pun rasa apa yang aku rasa..tapi ape kita nak buat?? mampu kah kita berpisah dan tunggu bersama walaupun rindu itu menebal?? mampukah kita lakukan..kadangkala buntu juga..aku tahu dia pun serba salah...tapi cadangan aku, 3 tahun tau 4 tahun lagi, insya Allah akan aku pisah kan kegelisahan dan serba salah kita hari ini...buat masa sekarang ini, ku harap tuhan memberi jalan tuk kami memilih mana yang terbaik buat kami kerana kami nak kan sebuah keluarga bahagia nnt..macam na nak dapat bahagia kalau sebelum kawin penuh dengan dosa...ya Allah bantu lah kami..mudah kan lah urusan kami...andai engkau melembut kan hati kedua ibu bapa kami tuk membenarkan anak nya bertunang satu kegembiraan buat kami...kerana aku tak mahu memikul dosa percintaan yang terlalu lama..berilah jalan yang terbaik buat kami ya Allah...

aku juga terfikir, bila engkau menimbul kan rasa serba salah ini kepada kami, kami merasakan masih ade kasih sayang kau kepada kami..kami juga manusia, ada perasaan cinta dan sayang yg engkau kurniakan kepada setiap hamba mu, tapi andai ia suci lagi ia tak menimbulkan serba salah ini kepada kami lagi...serba salah kami kerana selagi hubungan ini tak de ikatan yang sebenarnya..aku kena berusaha lebih dan lebih berdoa dan terus berdoa supaya aku dapat meleburkan rasa bersalah antara kita yang sekian lama...

sbb kenapa kita rasa macamni??sbb kita takut murka Allah pada kita..doa pada tuhan supaya dia memberi kita jalan yg terbaik..biar kan lah orang lain berkapel dengan seronok dan romantik nya, kita tetap dengan pendirian kita..doa banyak2 ye...tolong ingat kan saya jika saya terlupa....dan saya juga akan ingat kan kamu...mekaseh, harap kita akan terus cari jalan untuk melebur kan kegelisahan ini...mohon tuhan bantu kita...usaha ye..

Friday, November 26, 2010

tak sabar menunggu hasil

8 ribulan 12 ni saya akan pergi camp di perak sampai la 12 ribulan dan lokasi dirahsiakan..cam nak wat gempak je..tapi saya akan pergi lewat satu hari iaitu 9ribulan kerana ada interview tuk biasiswa YPJ...selepas itu sambung 13dis-26dis menerus kn latihan di KD Sri Pinang...kalau palapes DARAT mampu pergi kem dan jurulatih nya adalah pasukan unit komando, saya pun mesti gagah kan diri saya tuk menandingi kemantapan mereka..

bukak aja sem baru nanti rasa nya banyak urusan yang perlu dibereskan..dengan majlis Ladies Guess Night (LGN) PALAPES LAUT, dengan projek-projek under PERKIM yang perlu dilaksanakan..aku berharap pengarah projek SEMINAR BAGAIMANA NAK MENJADI SEORANG DA'IE dan pengarah projek tuk KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI BALING dapat menyiap kan kertas kerja sepanjang cuti ni memandang kan saya saya dengan tugas saya..harap kita berkerjasama dan bantu membantu sebagai sebuah keluarga seperti mana yg saya pesan di dalam mesyuarat..saya nak pembawakan kita ni bukan satu badan formal tapi kita anggap ia sebagai sebuah keluarga...sebagai Pengerusi rasa amat kurang ilmu tuk menjadi pemimpin sekretariat tapi bantu lah saya ye..saya akan laksanakan dengan baik..


gambaran tuk majlis LGN nanti


begini la perkampungan orang asli di baling
sebab itu kita perlu persiapan yang secukup nya untuk menjadi seorang da'ie 
dan zuhud.....


tentang urusan nak menarik mahasiswa lelaki tuk menyertai PERKIM memandang kan kaum adam sangat pupus, insya Allah serah kan kepada saya, saya amat memerlukan kerjasama kaum adam kerana senang untuk saya berurusan dan melakukan kerja jika tuk PROGRAM ORANG ASLI DI BALING tu...

mungkin tarikan melalui hiburan alternatif akan saya gunakan seperti nasyid..saya juga akan membuka booth di DK FOYER untuk mencari bakat2 baru dalam nasyid..jika sambutan nya amat memberangsang kn secara automatik nya mahasiswa yg mendaftar untuk menyertai nasyid akan di masuk kan di dalam sekretariat...rancangan saya, biar la kita ada satu pasukan nasyid sendiri supaya nasyid ni satu wadah hiburan untuk menyampaikan dakwah...mudah mudahan segala perancangan ini di berikan kemudahan daripada Allah..


mungkin kita boleh ada pasukan seperti ini..dakwah kita secara hiburan insya Allah pasti mendidik jiwa remaja

dan diharap kan sem baru nanti dugaan atau cabaran yang akan dihadapi, tuhan masih beri kekuatan tuk saya tabah dan sentiasa bersyukur dengan pe jua nikmat yang telah diberikan...mudah mudahan masih ada ruang tuk saya memperjuangkan agama saya...bantu la ku YA ALLAH...

bang bang boommm!!!!

selesai je habis exam last paper 25.11.2010, aku mula memikir kan apakah idea tuk nak tunjuk kan aku sudah merdeka..kebetulan pula idea aku mencurah-curah jatuh ke ladang gandum...dan akhir nya aku membuat satu strategi...

"SALAM SUME KAWAN2, MEMANDANG KAN EXAM PUN DAH TAMAT, SAYA NAK MENGUMUMKAN SESUATU KEPADA KAWAN2...BUKAN KEHENDAK SAYA TETAPI KELUARGA, SEMUA KAWAN2 DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS PERTUNANGAN SAYA DI 16,JALAN PANTI 8,TAMAN BUKIT TIRAM, 81800 ULU TIRAM, JOHOR BAHRU PADA 31 NOV INI YA..KEHADIRAN KAWAN2 AMAT LA SAYA NANTI KAN..DATANG YE"...

aku mendapat balasan mesej yg berbagai2...smpai nk pecah perut aku dibuat nye...hik2..ade yg xcited, wahhhh aiman btol ke, tahniah terkejut aku dgr nye,semoga kekal ke jinjang pelamin, sapa orang yg bertuah tu...hahaha...ade yg cam flat je..owhhhh yeke..xpela semoga kekal bahagia (nada frust)..aku pun terperasan adakah dak yg frust2 ni syok kat aku..hahaha...kepada kawan2 yg masih percaya smpai skrng, aku masih melayan gelagat korang...aduhhhh smpai nk pecah perut ketawa...tahniah anda dalam slot bang bang boommm bersama aiman..hahahaha...xpela hanya gurauan..



maap kan kesilapan dan gurauan saya ye...anda sume kawan2 saya yg bgus2 n supporting..sekali2 sy menyakat pe salah nye...tp sbnrnye bile dah hbis exam, jiwa masih lagi memerlukan ilmu..kadang2 aku terfikir sejenak, adakah lagi gelak ketawa aku setelah menjelang esok??kalau aku dapat apa yg aku ada hari ini, adakah esok semua nya masih milik aku??adakah bila aku ketawa, masih mampu aku mengukir senyum tuk ari esok tau aku terbujur kaku...aku takut akan dosa2 ku...ampunkan aku ya Allah...(T_T)

Saturday, November 20, 2010

azam semakin kuat....

1 tahun 2 tahun 3 tahun tau 4 tahun???ermmm kalau boleh secepat mungkin...dah kene pikir sal masa depan..harap2 aku dapat kerjaya yg baik..tp kdg2 ade orang kate, ala buat pe kawin cpt2..nnt ko dah kawin ko x dapat nk enjoy...ko x merasa zaman muda ko byk..bagi aku, cukup la zaman muda ni..aku nk kawin secepat mungkin sbb nak tmbh kn pahala..bila dah jadi ketua keluarga, tugas pun besar, kalau x dapat laksana kn dosa pun besar, kalau dapat, pahala pulak besar..tp kalau tak kawin???ar lagi la x bergerak2 pahala amalan..kalau orang yg berkahwin pahala nya diangkat 25 darjat berbanding orang bujang, aku ase lebih baik pilih tuk berkahwin...

tiada sape pun tahu berapa dah duit akaun simpanan aku tuk aku berkahwin..ni sume rahsia...4 thun lagi...even mak ayah pun tak tahu..aku ase sejarah muda2 aku ni, yang baik tau yg buruk, aku harap ia berlalu dan sume orang memaafkan kesilapan aku..aku harap perkahwinan yg aku rancang lagi 4 thun dapat menggembirakan diri aku..bila kita berkahwin, makhluk yg paling gembira smpai melompat2 yg lain x bukan adalah nafsu..dan nafsu nya terbahagi kepada 3...satu nafsu makan,lagi satu nafsu beribadah, yg terakhir nafsu   
seks..3 jenis nafsu ni la yg akn gembira teramat sgt..kalau sblum kawin nk makan pun kene saving2, tp bila dah kawin, is3 dah tolong masak kan....kalau mase sblum kawin, sek terlajak solat subuh, tp bila dah kawin, is3 kejut kan tuk solat bersama sgt mudah tuk bgun krana dapat jadi imam tuk kuarga sendiri..kalau sblum kawin nafsu menggelodak nk tu nk ni..tp kene thn dgn berpuasa..tp slpas berkahwin yg haram sblum kawin tu la dah jadi halal...

insya Allah 4 tahun lagi..aku akan pampang kan resit simpanan duit aku yg berjaya aku kumpul tuk berkahwin...ni bukan sbb dah tak tahan nafsu..sbb ni satu ibadah kerana zaman kite ni dah x sama dgn zaman dahulu..dosa disekeliling kite..jadi ni la azam aku...lagi satu sbb kenapa aku dah azam cmni, sbb aku takot dunia ni dah x lama..aku takot juga umur aku x lama..jadi perkahwinan la salah satu nikmat syurga dunia..harap2 tuhan limpah kn ia kepada ku dan juga nikmat syurga di akhirat...ameeennnn..

merenung dosa2 ku, kepada tuhan, kepada haiwan, kepada kawan2 di luar sana, aku merasakan sgt hina bile bercerita tentang ini...same2 lah kite membentuk diri, yg lalu biarlah berlalu..aku juga berharap kita sama2 mendapat kebahagiaan yg kita cari selama ni..

berkahwin la secepat mungkin ye..hehehehe...aku pun akan wat begitu...(^_^)

Friday, November 5, 2010

koleksi lukisan ku hanya untuk mu..

saya dah pun berjaya melukis 2 gambar peribadi saya..gambar (1) adalah gambar rumah idaman...sebenar nya lakaran ini dah lama tertangguh..dari anda ada di malaysia sampai la ke USA..lakaran ni baru di cipta..walaupun lambat tapi saya masih mengotakan janji..akhirnya berjaya..

gambar (2) adalah gambar yang saya sketch disebabkan keboringan melanda dan saya mula melukis sesuatu untuk saya memberi dan tuk gambar itu untuk diingati...saya diberitahu saya mempunyai talent..tp saya bukan nak jadi artistik..cuma melukis tuk meluahkan apa yang terpendam dihati...mekaseh kerana memuji..nak thu  saya ni kalau melukis khusyuk sampai berjam2 baru jadi cantik..huhuhu..tp alhamdulillah itu la koleksi saya... 


(1)

(2)


P/S: supaya kamu tak pernah lupa kata-kata saya..saya tidak akan berenti berusaha sampai la ke akhir hayat saya..menanti dan trus menanti..(^_^)