Sunday, November 28, 2010

kisah cinta ku..

jauh disudut hati sebenar kita sama mengerti nilai percintaan di seawal usia sebelum berkahwin adalah satu perkara yang salah..seperti mana engkau mendengar usrah bahawa sebuah bukit yg tinggi..kalau kite memikul beban banyak, macam ne nak naik bukit yg tinggi..beban tu ibarat dosa2 kita dan nak mencapai ke puncak bukit adalah ibaratkan sbgai menuju ke syurga..kalau banyak dosa yg kita pikul bagaimana kita hendak menempah syurga disana..

kadang kala bila aku duduk seorang diri dan termenung, aku selalu ingat, adakah apa yang aku bawa kan skrg ni betol...adakah cinta aku sebelum berkahwin ni adalah diredhai??..aku sedar kapel itu haram..kadangkala aku tanya macam na aku nak beritau si dia, adakah aku kuat tuk menghadapi nya, adakah aku boleh istiqamah bila aku cakap, boleh tak kita berpisah dan saya akan kahwin dengan awk,tunggu saya ye..adakah bila aku wat gitu, amalan aku akan bertambah baik??atau semakin teruk??aku buntu kadangkala..aku tanya kepada diri ku, aku tak kuat rasanya tuk buat begitu...tp aku menjawab juga di dalam hati ku, "man kau tak cuba man macamna kau nak tahu kekuatan tu ade ke x"..

kalau boleh aku nak bertunang tau berkahwin skrg sbb bila aku bercakap, aku menelefon, aku melihat wajahnya x timbul rasa berdosa dalam hati...bila meluahkan kepada orang tua,  "mak, sepupu man dah nak kawin dah, anak mak ni bila lagi..(smbil gelak kecil kerana bergurau).."ar kumpul duit kalau nak kawin..xde duit nak bagi anak orang makan pe??nanti kang datang sebelah sana, anak saya ni kelulusan luar negara jadi mahal la sikit ya, kalau xde duit mak nak ckp pe,so kumpul duit, jangan menggatal nak kawin"..."yela man nk kumpul la ni..bukan nak kawin skrng pun..tula orang2 tua zaman sekarang, bila anak nak tunang ke nak kawin ke, ckp anak gatal la pela (smbil menjawab ngn nada gurau)..zaman skrg dah lain tak macam zaman dulu, jiwa anak2 muda nafsu sume dah semakin besar sbb ape yg di nampak disekeliling nya..sbnrnye bukan sbb nafsu ingin kawin, kadangkala bila anak dah ade pakwe makwe ni orang tua tak paham anak diowg tgah kumpul dosa banyak2..jadi bila dah ade rase suka antara laki dan pompuan, kene la jadi kan nye halal sbb even anak kita ckp syg kepada pasangan die pun dah kira berdosa..mak ayah pun berdosa kerana membenarkan anak melakukan dosa..ya Allah...

tunang adalah jalan yg terbaik tuk pasangan leh bercakap, berbual melalui telefon, menyatakan rindu..tp had2 nya masih ada..seperkara itu sahaja yg dah halal, tp secara lahir dan batin nya belum lagi cntoh nya masih belum boleh lagi berpegang tgn, masih belum boleh lagi melakukan sesuka hati sperti pasangan yg dah kwin..tp mungkin itu yg terbaik..kalau selagi tak bertunang, rindu sayang yg kita luahkan tu adalah satu dosa..Allah berat nya hati ini...tula ibu bapa kita tak faham situasi anak remaja sekarang..suka anak2 melebarkan dosa...aku bukan ape, cuma rasa berdosa selagi aku tak bertunang bila aku menyanyangi seseorang perempuan..

aku tahu dia pun rasa apa yang aku rasa..tapi ape kita nak buat?? mampu kah kita berpisah dan tunggu bersama walaupun rindu itu menebal?? mampukah kita lakukan..kadangkala buntu juga..aku tahu dia pun serba salah...tapi cadangan aku, 3 tahun tau 4 tahun lagi, insya Allah akan aku pisah kan kegelisahan dan serba salah kita hari ini...buat masa sekarang ini, ku harap tuhan memberi jalan tuk kami memilih mana yang terbaik buat kami kerana kami nak kan sebuah keluarga bahagia nnt..macam na nak dapat bahagia kalau sebelum kawin penuh dengan dosa...ya Allah bantu lah kami..mudah kan lah urusan kami...andai engkau melembut kan hati kedua ibu bapa kami tuk membenarkan anak nya bertunang satu kegembiraan buat kami...kerana aku tak mahu memikul dosa percintaan yang terlalu lama..berilah jalan yang terbaik buat kami ya Allah...

aku juga terfikir, bila engkau menimbul kan rasa serba salah ini kepada kami, kami merasakan masih ade kasih sayang kau kepada kami..kami juga manusia, ada perasaan cinta dan sayang yg engkau kurniakan kepada setiap hamba mu, tapi andai ia suci lagi ia tak menimbulkan serba salah ini kepada kami lagi...serba salah kami kerana selagi hubungan ini tak de ikatan yang sebenarnya..aku kena berusaha lebih dan lebih berdoa dan terus berdoa supaya aku dapat meleburkan rasa bersalah antara kita yang sekian lama...

sbb kenapa kita rasa macamni??sbb kita takut murka Allah pada kita..doa pada tuhan supaya dia memberi kita jalan yg terbaik..biar kan lah orang lain berkapel dengan seronok dan romantik nya, kita tetap dengan pendirian kita..doa banyak2 ye...tolong ingat kan saya jika saya terlupa....dan saya juga akan ingat kan kamu...mekaseh, harap kita akan terus cari jalan untuk melebur kan kegelisahan ini...mohon tuhan bantu kita...usaha ye..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home