Monday, April 18, 2011

Berjuang membawa bersama rahmat Ilahi

Assalamu'alaikum wrt.wbt.....

esok tiba hari pertama perjuangan ku di dewan peperiksaan...ku harap tuhan mengurniakan aku kefahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir dengan Mu juga kurniakanlah aku kesihatan Wahai Tuhan yang Amat Pengasih..selalu aku berfikir dan umpama hati ini cuba bermonolog dengan Allah..adakah umur yang tuhan beri kan kepada ku sampai lah ke saat ini, tanda tuhan menyanyangi tau memurkai aku..namun aku masih percaya walau pe pun Engkau tetap menerimaku..

aku sudah mengulangkaji pelajaran, dan berusaha tuk mempertingkatkan amal ibadah ku, dan aku masih tidak tahu sama ada ia nya diterima atau tidak..namun ku masih takut adakah dosa-dosa ku yang dulu menghalang aku tuk mendapat pertolongan Allah..ampunkan lah aku ya Allah..aku merindui pipiku dibasahi air mata di malam hari..menagih simpati dan kasih sayang mu yang tidak bertepi, menagih hati ini dididik saban hari dan waktu kearah kebaikan, menagih iman dihati dirasai peningkatan nya..kuat kan lah diri ku ya tuhan dan beri lah aku peluang tuk aku berkhalwat bersama mu di malam hari kerana aku terasa sgt kurang aku beratap sedih dan dosaku di hadapan mu..maafkan aku kerana kadang kala mengingkari perintah mu..

berilah petunjuk kepada ku supaya aku merasakan kau sedang berbicara dengan ku..jangan kau biarkan aku hidup dalam kesenangan yang melalai kan..aku berharap perjuangan ku di hari esok akan mendapat berkat dan rahmat payungan mu..supaya jiwa ku tenang..


Ku tahu,Kejayaan semanis madu, memerlukan perjuangan sepahit hempedu. Gelombang fitnah yang kian mengganas terpaksa ditempuh dengan bahtera iman yang tuntas..semoga hari esok menjadi hari permulaan yang baik tuk kejayaan ku yang akan datang..terima kasih ya Allah atas limpah rezeki dan kasih sayang Mu yang tidak bertepi....

SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN ESOK...!!! INGAT ALLAH BERSAMAMU...BERSABARLAH...!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home