Saturday, October 30, 2010

selamat ulang tahun yang ke 20..

mungkin tahun ni tak sehebat smbutan thun sebelum nya..kalau thun sudah, ade video comel, sedikit lagu tuk dia, tapi tahun ini aku tak tahu nak memberi kejutan apa..maapkan diri ini, sbb masalah kewangan, xdapat nak beli adiah seperti sebelum nya...hanya kicen comel yang mampu dibeli..balik malaysia, kamu akan dapat ia...tanggal 31/10/1990 hanya beberapa jam lagi...dah 6 tahun rasa nya diri ini mengenali dia..semoga tuhan rahmati segala nikmat umur yg diberi untuk nya..dan tuhan beri lama dia untuk ku..aku berusaha untuk diri ku supaya satu hari kita akan bertemu..aku akan jadikan kau halal tuk ku...daku sudah persembahkan rumah idaman yang dulu kamu minta pada ku..aku lakar dan lukis dengan sebaik2 nya diatas sebuah kertas putih dan ku tulis disebelah nya..inilah rumah idaman kita,.dan akhir nya aku dapat lukis dengan baik..



ku post kan dri sini ke sana dengan pos laju beserta barang2 yang aku kumpul tuk diberikan kepada mu selama 2 tahun..dan akhir nya kamu mendapat barang yang sgt banyak beserta kuih raya semasa smbutan bulan ramdhan yg lepas...aku harap dikau gembira walaupun barang2 nya tidak seberapa...ku pohon agar dikau post kan gmbr lilo stitch, mickey dan barang2 yang lain ke dlam blog kamu tuk ku lihat adakah semua nya dalam keadaan baik??(^_^)....

ku nanti dengan penuh sabar...ku didik diri tuk menjadi yang terbaik..tuk aku mendidik keluarga ku kepada satu konsep bahagia..aku tidak perlu kan kaya,aku tidak perlukan harta,pangkat, darjat atau sebagai nya...tp aku mahukan kebahagiaan..masih mengalir nilai ihsan yang tidak pernah berenti...kalau tuhan memberikan aku lebih, ku anggap ia satu bonus untuk ku...jaga lah diri mu disana..aku masih menanti dengan penuh sabar...

aku akan bukti kan mahar sehafalan surah akan ku persembahan tuk mu...doakan perjuangan dan matlamat ku tercapai...semoga panjang umur...(^_^)...insya Allah jangan khuatir..jauh mana pun kita, yakin tuhan akan dekat kan hati kita seperti magnet...

SELAMAT HARI LAHIR BUAT MU....

Sunday, October 24, 2010

goresan cintaku buatmu..

Sekalipun kulukiskan keagunganMu dalam goresan,
sebagai tanda kesucian yang mempereratkan jiwa,
Engkau tetap yang teagung,
dan tempat segala yang bermakna,
Ya tuhan, hanya pada keagunganMu,
segala terasa lapang.




Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan, dan hilangkan perasaan takut ini kepada ketenteraman.
Ya Allah, sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam.
Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu,bimbinglah kesesatan ini kearah jalanMu, dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMu



 Ya Allah lenyapkanlah segala keraguan dengan cahaya mentari ufuk timur. Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan pencerah sinar kebenaran. Hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMu..

Monday, October 18, 2010

boleh tak saya kata, orang yang makan MCD pembunuh ayah saya (kata seorang budak kecil)

agak lama menyimpan cerita ini tuk diceritakan kerana kesibukan diri yang tidak pernah berhenti..tp mungkin ni mase nye tuk kite bace bersama2 ape yg sy dah dgr sendiri dri ketua konvoi kapal mavi marmara...sewaktu awal pagi jam 3, komando israel turun bersama helikopter ke kapal mavi marmara..mereka menembak trus secara rawak ke atas kapal, dan ahli kapal terpaksa bersmbunyi kerana takut terkena tembakan...sewaktu itu, apa yg terdetik dihati ahli kapal hanya lah, "mungkin ini balasan Allah kepada kami sbb kami pernah memberi barangan israel.."
ahli kapal ditembak dgn kejam..padahal mereka tidak mempunyai snjata tau apa2 brngan tajam tetapi komando israel mngganggap mereka semua adalah pengganas...sewaktu israel turun dan membaling bom asap ke atas kapal,dengan berkat doa mereka dan solat hajat mereka,tuhan memberi pertolongan, asap dri bom yg dibalin tidak sedikit pun msuk ke dalam kapal malahan menghala keluar dri kapal...israel bertambah bengang dan membaling flash bang iaitu bom yg boleh membuat kan orang leh buta secara separuh atau sepenuhnya..dengan kuasa Allah berkat doa doa mereka, bom itu meletup tetapi api yg keluar dri bom itu hanya sebesar api lilin...subhanallah...

nk cerita tentang seorang budak remaja berumur 19 thun yg menyertai konvoi tersebut dan die berbangsa arab..disebabkn die 19 thun die tidak diberi prirority tuk buat sbrg keje di atas kapal..tetapi die tetap merayu untuk diberikan tugas..bila merayu punya merayu akhir nya remaja yg bernama furqan ini diberi kan tugas tuk menjaga sekitar bilik kapten kapal...sewaktu kapal diserang, furqan cube untuk menyelamat kan seorang bayi 3 bulan yg ingin ditembak oleh israel,,,dia menahan peluru dengan badan nye semata2 ingin menyelamat kan bayi tersebut..tetapi furqan masih bernyawa...israel tidak berpuas hati dan israel menarik baju furqan dan menolak furqan sehingga terjatuh dan dipijak2 serta ditembak dri jarak dekat oleh tentera israel...kejam nye mereka..



nak cerita lagi, peluru yang digunakan oleh israel ni jenis yang bila ditembak akan pecah dibahagian dalam..ramai orang dalam kapal yg tidak bersalah ditembak oleh israel..ade seorang tua berbangsa arab, ditembak tepat ke dahi nya dan pecah dibelakang kepala nya sebesar penumbuk tetapi masih tidak mati..subhanallah...israel lantas menembak lagi kedada insan tersbut baru la dia syahid..tetapi sewaktu itu die masih boleh berdoa kepada Allah, terima la syahid ku Ya Allah...sedeh bila kita dgr..

bila ramai ahli ditembak mati, wajah2 mereka terpapar satu perjuangan yg murni..mayat mereka tersenyum, bau mereka harum..ni la ganjaran dri allah tuk mereka...dtg pula seorang budak kecil ke arah seorang perempuan didalam kapal,budak kecil itu bertanya,makcik boleh x sy ckp orang yg makan MCD tu pembunuh ayah saya ini..perempuan itu tidak mampu bercakap ape-ape..

fikirkan la shbt semua...kalau kamu rasa kamu ingin berjuang kepada agama dengan memberi sedekah dan duit tau brng-brng makanan ke GAZA, tetapi kamu masih membeli dan memakan barangan israel, maka jangan la kamu sebut tentang perjuangan..kamu sebenarnye sedang membantu israel tuk membunuh saudara seislam kamu..kalau betol kamu ingin berjuang, berjuang la menahan diri dri membeli brngn israel...insya Allah berkat kesbrn kamu akan dibayar oleh Allah nnti..



sgt pnjg tuk bercerita tentang pengalaman mendengar sendiri ketua konvoi mavi marmara ke sana..macam mane mereka diperlakukan, di tahan di penjara, dan sebagainya..mungkin sedikit cerita yg saya lontarkan dapat membuatkn sahabat semua berfikir...insya ALLAH..tahan lah dari makan barangan israel contoh nya MCD..insya Allah kamu akan dapat gnjaran yg besar kerana keikhlasan kamu dalam berjuang..ameennnn





Saturday, October 16, 2010

amanah...

dah lama rasa nya tak menulis sesuatu..terasa sgt merindui masa tuk memberi ilmu..mintak maaf kerana kesibukan yang dihadapi satu amanah yg perlu dipikul...mekaseh tuhan kerana masih memberi aku nyawa tuk aku bernafas menikmati nikmat mu..kau memberi aku tugas selaku pengerusi persatuan kerana kau percaya aku dapat memikul nya..aku berharap kau selalu mendidik hati ni untuk tunaikan amanah kamu dgn baik...

kalau difikir tentang kepimpinan, mampukah kita menjadi pemimpin seperti umar abdul aziz shingga kan sewaktu pemerintahan nya tidak ada seorang pun yang menerima zakat?? mampukah kita menjadi pemimpin seperti umar al khatab yang sggup berlapar dan orang yg terakhir berlapar kerana rakyat nye?? ya Allah berat nye amanah itu sebenarnya..tetapi sempurnakan lah amanah itu dengan upaya kita dan usaha kite seperti mana seekor burung kecil berusaha meniup api besar yang cuba membakar nabi Allah ismail..

jikalau amanah ku sekarang ini tidak aku sempurnakan dengan baik, nescaya aku manusia yang lebih truk dri gunung ganang,bukit bukau,lautan dan seluruh yang ade di alam ini..kerana sebelum manusia memikul amanah,Allah menawarkan amanah itu kepada seluruh alam bahawa jika amanah ini dapat dijalankan dgn baik, maka tuhan akan memberi ganjaran yg besar, tetapi jikalau tidak maka azab la bgi nya..mereka semua tidak mampu untuk memikul amanah, tetapi manusia sggup..sesungguhnya tuhan maha mengetahui..

aiman, walaupun kau masih mentah di alam universiti, jadi kn diri kau seorang yang hebat dengan menyampaikan sesuatu yg berguna, membantu orang tidak kire waktu, berlapar kerana takut akan meminta ibu bapa duit bila tak cukup, jalan kan tggjwb sebagai ketua dengan baik, supaya kau boleh hidup dalam keberkatan dan rahmat..truskan AIMAN...kepenatan mu akn dibayar..sentiasa ucap alhamdulillah kerana semua ini nikmat dan amanah untuk kamu....