Monday, June 21, 2010

tabah kan hati man !!!

alhamdulillah lagi 2 minggu untuk aku menjejakkan kaki ke menara gading dengan membawa seribu harapan,dengan membawa kegembiraan kepada ibu ayah yang banyak bersusah payah,berhempas pulas,bermandi keringat dan membanting tulang tuk membesar kan anak-anaknya...jasa ibu dan ayah tak akan aku lupa...sewaktu aku mendapat tawaran kemasukan ke USM,terpancar riak kegembiraan dan bangga pada raut wajah mereka..aku dapat merasakan terdetik dihati mereka,inilah hasil nya anak-anak ku dah berjaya..perlu berusaha tuk lebih berjaya..susah macam mana pun keluarga aku,aku tetap terima dengan penuh redha..aku tahu aku bukan dilahirkan dengan keluarga yang senang lenang dan mewah tapi aku masih berasa bangga dengan diri ku diri ibu dan ayah aku..

sebenarnya aku terasa banyak nya kepreluan duit yang perlu diguna kan untuk masuk universiti...dan aku tahu aku tengah kesesakan duit..cek yang PTPTN beri nanti tidak cukup untuk aku melakukan pembayaran yuran semasa hari pendaftaran nanti..PTPTN hanya akan memberi rm1500 sahaja dan yuran yang perlu aku jelas kan sebanyak rm1804..aku risau aku sedih sebenarnya bila fikir pasal duit..aku tahu mak ayah pun tengah masalah kewangan..aku tak nak beritahu semua ni supaya takut membuat mereka bertambah pening memikir tentang duit aku sahaja..aku terpaksa bekerja lagi rasanya tuk aku dapat kan duit bagi menampung perbelanjaan aku nanti..aku tahu aku belum mengurus kan kesemua urusan-urusan kemasukan aku nanti..tapi aku terpaksa wat macam ni..sebab aku tak nak menyusah kan mak ayah aku...

Ya Allah berilah aku kekuatan,permudahkan lah segala urusan ku..aku harap aku masih ade kesabaran yang tinggi tuk menghadapi ujian mu ini...ku anggap ujian ini satu landasan permulaan tuk aku berjaya...

ameeennnnn....

Wednesday, June 16, 2010

Kebenaran Al-Quran Mengenai Peristiwa Keruntuhan Bangunan W.T.C New York

Alhamdulillah setelah sekian lama saya mencari akhirnya sudah ketemui.Memang kisah ini sudah lama berlalu tapi tidak ramai yang mengetahui tentang apa yang tersirat disebalik kejadian itu..

Dalam al-Quran terlalu banyak Allah membuat perumpamaan,antaranya ialah:"Dan tamsilan-tamsilan dan perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia,dan hanya orang yang berilmu (sahaja) yang dapat memahaminya.Allah mencipta langit dan bumi dengan cara yang layak dan berhikmah;sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Alla) bagi orang yang beriman."(Surah al-Ankabut-29:43-44)



Juzuk : 11Surah : AT-TAUBAHNo. Surah 9Ayat : 110
Profil Surah : RqrMainM new
Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Kaligrafi


(Keruntuhan masjid) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh kesah (lebih daripada yang sedia ada) dalam hati mereka, (dan tidak akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (dalam tanah). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
   
   
Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
The foundation of those who so build is never free from suspicion and shakiness in their hearts, until their hearts are cut to pieces. And Allah is All-Knowing, Wise.
OK,mari kita lihat apa yang berkait dengan surah diatas ini..Menurut fakta tragedi tersebut ialah sperti berikut
  1. Ketinggian bangunan WTC : 110 tingkat
  2. Tarikh kejadian                  :  11 haribulan
  3. Bulan                                 :  9
  4. Tahun                                :  2001
Fakta yang terdapat di dalam al-Quran :Ketika Allah menempelak golongan yang membina masjid Dhirar,beberapa ayat telah diturunkan.Antaranya ialah ayat yang menceritakan bahawa musuh-musuh Islam sentiasa membina bangunan tinggi dan bangunan itu akhirnya menjadi punca kegelisahan mereka sendiri sehingga digambarkan bahawa hati mereka seolah-olah dikerat-kerat dan dipotong.

Demikian betapa sakitnya hati mereka,bila bangunan yang anggap gagah,dibina puluhan tahun,yang menjadi kebanggaan mereka diserang dan runtuh,serta musnah dengan sekelip mata..Betapa aib sekali maruah mereka.

Jika dilihat,ayat berkenaan ialah ayat 110 surah at-Taubah (al-Bara'ah).Maka fakta lebih kurang sama dengan kejadian 11 September 2001 itu.Ayat yang ke 110 (Bangunan WTC 110 tingkat).Juzuk ke 11 (Tarikh kejadian pada 11 haribulan).Surah ke 9 ( Kejadian itu berlaku dalam bulan 9).Sementara huruf terakhir surah itu ialah huruf yang ke-2001 (Kejadian itu berlaku pada tahun 2001)



Ini adalah satu perbandingan yang boleh dianggap tepat.Tetapi sejauh mana maksud Allah Taala di dalam ayat ini bertepatan dengan kejadian di Amerika itu tidaklah kita ketahui.Cuma oleh kerana ada persamaan fakta dan persamaan makna ayat,maka kita boleh mengambil iktibar kerana kaedah ilmu tafsir menyebut: "Pengajaran daripada sesuatu ayat itu boleh diambil daripada maknanya yang oknum (tersendiri dan bersifat peribadi) dan bukan daripada sebab turun ayat yang khusus".Namun kita juga menolak anggapan penemuan itu dianggap sebagai "kebetulan",kerana menurut keyakinan,apa yang Allah telah jadi dan berlaku,semuanya di dalam ilmu Allah (Allah lebih dahulu mengetahuinya),cuma segala rahsia Allah itu hanya diberitahu kepada sesiapa yang dikehendaki.Sesiapa yang rajin mencari,maka ia akan bertemu.Selaku hamba Allah,setiap perkara yang ajaib dan menakjubkan berlaku dihadapan mata kita,hendaklah kita jadikan sebagai iktibar bagi merasakan keagungan Allah yang menurunkan al-Quran sebagai mukjizat yang amat agung.



Peristiwa seranagn dan keruntuhan WTC New York pada 11 September 2001 telah menimbulkan pelbagai syak wasangka orang yang ada didalam hatinya penyakit syak dan sangka buruk terhadap orang Islam,semuanya dianggap musuh (Militan).Tepat sekali sepertimana yang disebut oleh Allah dalam ayat 110 surah at-Taubah.


Firman Allah, "Sesungguhnya orang yang sebelum mereka telah mengadakan kerosakan (maksiat dan kemungkaran), lalu Allah menghancurkan rumah-rumah (bangunan) mereka dari tapak asasnya,lalu atap (bangunan itu) jatuh menimpa mereka dari atas,dan datanglah azab itu kepada mereka dari tempat yang mereka tidak sedari (sangka)." (Surah an-Nahl ayat 26)

Wallahu a'lam bissawab.. 


Friday, June 11, 2010

persoalan diri dijawab oleh AL-Quran

kembali semula kite untuk sama-sama kita bermujahadah...untuk ruangan kali ini saya cuba menimbulkan persoalan untuk diri saya sendiri dan kajian untuk mencari jawapan didalm al-quran ternyata saheh..jadi tiada siapa yang dapat mempertikaikan kebenaran al-quran..setiap perjalanan hidup kita sudah termaktub di dalam sunah agung rasulullah saw...mari sama-sama kite meneliti dan berfikir setelah persoalan ini saya timbul kan dan dicari jawapan nya didalam al-quran...kita selalu bertanya tetapi al-quran telah pun menjawabnya...



1)KENAPA AKU DIUJI???

JAWABNYA:

apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji.-2-
dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.-3-
(AL-ANKABUT:2-3)


2)KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN???

JAWABNYA:

Diwajibkan atas kamu berperang,pada hal berperang itu adalah sesuatu yang    kamu benci.Boleh jadi kamu
membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia
amat buruk bagimu,Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.
(AL-BAQARAH:216)



3)KENAPA UJIAN SEBERAT INI???

JAWABNYA:


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.(Mereka berdoa):"Ya tuhan kami,jangan lah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.Ya tuhan kami,
janganlah engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.Ya tuhan kami,janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.Beri ma'aflah kami,ampunilah kami,dan rahmatilah kami,maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".
(AL-BAQRAH:286)



4)KENAPA RASA KECEWA???

JAWABNYA:

Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,pada hal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya),jika kamu orang yang beriman.
(ALI-IMRAN:139)



5)BAGAIMANA HARUSKU HADAPI???

JAWABNYA:

Dan minatalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabr dan solat.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat bagi orang-orang yang khusyu'.
(AL-BAQARAH:45)



6)APA AKU DAPAT DARI SEMUA INI???

JAWABNYA:


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.Mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat,Injil,dan Al-Quran.Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah?Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,dan itulah kemenangan yang besar.
(AT-TAUBAH:111)



7)KEPADA SIAPA AKU BERHARAP???

JAWABNYA:


Jika mereka berpaling (dari keimanan),maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagi ku: tidak ada tuhan selain Dia.Hanya kepadanya aku bertawakkal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki  'Arasy yang agung".
(AT-TAUBAH:129)



8)AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

JAWABNYA:

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdo'a kepada kami dalam keadaan berbaring,duduk atau berdiri,tetapi setelah kami hilang kan bahaya itu daripadanya,dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat),seolah-olah dia tidak pernah berdo'a kepada kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya.Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
(YUNUS:12)





Alhamdulillah setelah mengkaji akhirnya inilah yang saya temui..jadi apa yang berlaku keatas rentetan hidup kite berpegang teguh lah kepada Allah nescaya hidup kamu akan selamat dunia dan akhirat.tidak kira ketika kita bermain,membaca,tidur,berenang,berbasikal,makan dan sebagainya,jalanilah setiap kerja itu kerana Allah..jika ditimpa kemalangan musibah atau masalah percaya lah yang semua itu adalah tarbiah Allah dan kita dalam perhatian Allah yang membuktikan tuhan masih menyanyangi kita...

Tuesday, June 8, 2010

hanya berjenaka seketika.....

time kasih kepada yg tag saya disini..saya akn menjawabnye dgn penuh gaya dan berhemah..ok i start now..hahahahaha...(^_^)
 
1. adakah anda rasa anda hot?
hot??not la cume hottest..hahaha

2.upload wallpaper pc/laptop yang anda gune sekarang?



3. cerita pasal gambar ni?
gmbr ni macam smart je..aku upload la..hik2

4. kali terakhir makan piza?
last month bersame 3 orang kawan n seorang guru...

5. lagu terakhir anda dengar?
mada berhelah-ziana zain

6. apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
ym,fb dan melayan adik ku meminta2 tuk dibelikan sarapan..

7. selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
aiman,angah,man,abg aiman,superman...hik2

8. tag lagi 5 orang yang nak kene tag?
ashee
acap
faris fitri
nard
eyka(seri)

9. sape orang no 1 dengan anda?
emm cmne aek..susah nk describe la...secret..hahaha

10. katekan sesuatu kepade orang no 5?
bgs2..berubah kepada blog yg lebih ilmiah..gud job..

11. no 3 ade hubungan dengan sape?
tah la aik..xbpe thu sgt ni..sy malas nk amek tahu..sape aek faris ngn ko skrng??hahaha

12. bagaimana dengan orang no 2?
die ni complicated sikit nk korek rahsia..tp ko la shbt aku....(^_^)

13. kata-kata cinta kepada orang no 4?
hahaha..owh no x de keje aku nk bubuh kata2 cinta kat ko..ko sape..hahaha

14. berikan 5 fakta yang anda tahu mengenai orang yang anda tag?
sume kawan2 aku je..aku x tahu nk tag sape sbb friends kat blog aku bpe orang je..huhuhu

Saturday, June 5, 2010

PALESTINE FOREVER....!!!!

alhamdulillah syukur 12rakyat malaysia yg ditahan oleh tentera zionis israel telah dibebaskn n selamat tiba ke tanah air awl pagi tadi dan disambut oleh perdana menteri malaysia...pagi ini aku bgun dan trus melihat liputan siaran langsung tntg 12thnn rakyat msia oleh israel yg selamat pulang ke tanah air...ketua sukarelawan malaysia memberi ucapan bhw masih ade 6 orang lagi rakyat malaysia yg baru ditahan pagi td oleh tentera israel..

die menceritakan tentang kekejaman israel terhadap warga thnn..ade yg ditembak dr depan dan dr belakang...kami bukan dtg untuk berperang..kami x bawak senjata..hy bawa bekalan mknn tuk ke gaza,palestin...tp tentera zionis mengnggap sume adalh pengganas...jikalau pengganas,kami dtg bersama senjata..tetapi kami tidak...ternyata israel mang zalim...ketua sukarelawan mlysia yg mengikuti konvoi itu berkata,gaza seperti sebuah negara penjara yg dipasang dgn kawad berduri disekeliling negara nye..sehinggakan kami tidak tahu mane tmpat tuk berlabuh..kami ikut laluan lain,dan semasa itu kami diserang oleh tentera zionis..tp alhmdulillah mgkin dgn sifat baik negara msia kami tidak diapa-apakn berbandng negara lain yg mengikuti konvoi ke gaza satu kapal dgn kami ade yg ditembak dan dipukul....



terdetik dihati ini la tnda2 kiamat sudah sgt menghampiri kite..cube pikirkan..dr zaman nabi lagi.israel tidak pernah berhnti menentang palestin,tp smpai sekarang palestin x pernah kalah tau diisyhtiharkan kalah...kate nabi,kiamat itu akan dtg sekiranya palestin diberi kemenangan menentang israel...mase tu la kegemilangn islam akan kembali seprti mane nabi bersusah payah membuka kota mekah...kekejaman israel telah membuka mate dunia supy bersatu menetang israel...tunjuk perasaan dan demonstrasi yg dibuat di pejabat2 kedutaan negara negara memberi gmbrn kite dalm perjalan bersatu membina tentera tuk berjuang menentang tentera kafir...




segala barang2 yg kite beli skrng spt coca cola,cadbury,dan sbgainye adalah bargn israel yg dlm pada mse yg same pulangn itu akn disalurkan tuk membeli peralatan senjata mereka..akhir zaman nanti petanda kiamat itu sgt2 hampir pabila sudah tidak ade senjata didunia ini tuk digunakan..sume akan berperang dgn hy menggunakn pedang...fikirla dgn jauh.,reaksi israel membuka mate dunia dgn sedikit sebyk memboikot brngn mereka..dan aku yakin satu hari pabila berjuta2 rakyat didunia ini memboikot habis brgn israel,jadi tiada pulangn lagi tuk mereka membeli peralatan snjata..senjata pun x kn digunakan,dan bermula perang islam menentang orang kafir dgn hy menggunakn pedang kerana sudah tiada senjata...senjata yg lama sudah x boleh digunakan kerana akn mengalami byk kerosakn dan risiko...

jadi ini memgmbr kan kejayaan orang islam akn bermula dan petanda kiamat itu sudah hmpir menanti kite..jadi renungkan la...berjuang la kite bersama2 mempertahan kan agama..terima kasih kepada sukarelawan negara yg berani mengikuti konvoi ke gaza semata2 dgn niat utk membantu negara islam..kepada penuntut2,bdn2 sukarelawan dan NGO,terima ksih juga kerana melakukan demonstrasi di setiap jbtn kedutaan tuk menunjuk kn rasa perihatin tntg hak asasi manusia seluruh dunia....



semoga Allah memberikan kite kemengn dan rahmat...supaya israel terkubur bersama dosa2 kezaliman mereka...ALLAHU AKHBAR!!!!!