Tuesday, January 25, 2011

kejar sana kejar sini = letih + penat

minggu ni terlalu banyak kerja dan terlalu sibuk..rasa sedikit tertekan sebenarnya...tapi tak mengapa mungkin ni satu laluan tarbiah tuk aku..hari itu aku pergi ke Kelantan sempena pertandingan Debat Piala Naib Canselor (DPNC)..tapi tak ada rezeki, team aku tak dapat masuk untuk ke separuh akhir..tapi aku asa sangat seronok sebab dapat beli macam2 barang..aku beli selendang, beli baju pasang, beli tshirt, minyak wangi dan macam2 lah..sebenarnya bukan seronok beli barang sendiri, tapi rasa lebih seronok bila dapat beli barang tuk orang lain...
memori di Kelantan mang best..rasa macam nak pi lagi..

SEMASA SESI ARENA PERDEBATAN






SEMASA BERJALAN-JALAN MALAM ARI DI PANTAI CAHAYA BULAN



SESI DEBAT AKHIR PIALA NAIB CANSELOR (AMAN DAMAI vs PETAS)








SUDAH MAU PULANG KE USM, INDUK PULAU PINANG







SINGGAH DI KAWASAN BEBAS CUKAI DI RANTAU PANJANG







maaf la saya mang xsuka amek gambar banyak-banyak..ni je yang ada..semoga kenangan di Kelantan tetap mekar..hik2..cewahhhhh..xpe nanti boleh pi lagi sbb barang2 murah..(^-^)







Thursday, January 13, 2011

Perjumpaan bersama Dato TNC...

alhamdulillah semua nya berjalan lancar..kemarin saya dah pun berjumpa dengan dato TNC tuk meluluskan penubuhan sekretariat PERKIM, USM ..semua nya berjalan lancar..harap pasni program yg dah disiap kan oleh pengarah projek boleh kita laksana kn demi menjana ummah..dan memupuk diri kita dan masyarakat mencari satu pengisian yg berguna didunia dan untuk diri ke akhirat...

mekaseh kepada Dr.Nizam dan Dr Farid serta timbalan pengerusi saya Nur Syazwani..kita sebuah keluarga..dan kita akan tetap sebuah keluarga..mekaseh semua..

Tuesday, January 4, 2011

ketika Allah memilihmu untuk ku...

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku.. Ingin ku beri tahu padamu.. Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia.. Orang tua yg begitu sempurna.. Dengan cinta yg begitu membuncah.. Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga.. Maka, padamu ku katakan.. Saat Allah memilihmu dalam hidupku, Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku.. Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..



Padamu yang Allah pilihkan untukku.. Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku, Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan.. Maka, ketika Dia memilihmu untukku, Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu. Dan aku tahu, Kaupun bukanlah lelaki yang sempurna.. Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu.. Kerana kelak kita akan menjadi satu.. Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku, Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku.. Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah, Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya.. Maka ketika Dia memilihmu untukku, Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka ganding tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita.. Itulah visi pernikahan kita.. Ibadah pada-Nya Ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan dia sebagai nakhodaku.. Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok.. Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah.. Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah, Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan.. Namun jangan kau coba meluruskanku, kerana aku akan patah.. Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah.. Namun tatap mataku, tersenyumlah.. Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu.. Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah.. Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu.. Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku.. Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan.. Maka di mataku kau adalah yang terindah, Kata2mu adalah titah untukku, Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu.. Maka kalau kau berkenan ku meminta.. Jadilah hunian yg indah, yang kukuh… Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penumpang hidupku… Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita.. Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga.. Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah, Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad.. Yang darahnya mengalir darah syuhada.. Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka.. Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka.. Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku… Ku memohon padamu.. Redhalah padaku, Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi.. Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya.. Kerana bagiku kau adalah kunci Surgaku


Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda :"Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk syurga."(HR. Ahmad dan Thabrani)



Saturday, January 1, 2011

Nota Hati Seorang Da'ie....

Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwah kan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan.Bersyukur lah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia..~aiman~

NOTA PERTAMA: SELAMAT PENDEK UMUR...


"Selamat pendek umur", saya bergurau..Sahabat saya agak tersentak, namun tetap senyum. Dia faham, saya hanya bergurau.
"Kenapa pula?tanyanya..Dia kelihatan ceria. Hari ini ulang tahun hari kelahirannya.. Saya meraikan dia dengan belanja makan di restoran berhampiran tempat kami bekerja.
"Yalah, bukan tarikh mati telah Allah tetap kan di dalam rahim ibu lagi.Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu".
"Makna, semakin hari semakin pendek lah umur kita?"tingkahnya penuh pengertian.
"Ya, hari ini setapak lagi kita dekat dengan kematian".

"Pelik. selalunya bila hari lahir orang bercakap tentang hidup. Tentang kejayaan, Tentang pencapaian. Sekarang kita bercakap tentang kematian pula".
"Siapa yang tidak bercakap tentang mati akan 'mati', balas saya..
"Kenapa pula?"
"Hukama berkata, sesiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!"
"Untuk apa kita mati?"
"Untuk hidup", kilas saya lagi, sekadar bermain kata, bersilat bahasa untuk meninggikan makna.
Dia diam.Menung dan alam fikirannya telah terusik barangkali.

"Mati untuk hidup?"
"Ya, mati bukanlah suatu pengakhiran tetapi hanya satu permulaan".
"Satu permulaan? Maksud kau?"
"Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi -alam akhirat. Kau masih ingat kata-kata Umar Ibn Aziz yang aku sering ungkapkan dulu?"
"Hampir terlupa.Waktu di kampus?"
"Umar berkata, manusia diciptakan untuk hidup selamanya, Hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki!"

Terkesima dia. Jari-jarinya mula menepuk-nepuk meja. Perlahan, tetapi saya yakin gerakan mindanya makin laju. Dia biasa begitu.

"Jadi, hidup ini untuk mati dan mati itu untuk hidup?"
Wah, saya pulak terkejut mendengar liuk lentok bahasanya. Berputar-putar seputar maknanya.
"Ya..Hidup disini, di dunia ini, adalah tanaman untuk tuaian pada hidup disana, di akhirat.. Itulah tujuan hidup yang fana ini, demi kelangsungan hidup yang baqa' itu."

"Jika demikian apa ada pada umur?"
"Umur hanyalah putaran suria, purnama dan buana yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arloji", balas saya..Seronok sekali sekala, berbual dengan bahasa berbunga di sulam kosa kata yang berputik dan berbuah.

"Maksudnya kita abadi?"
"Ya, tapi bukan abadi seperti Khalik yang tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran..Kita tetap makhluk".
"Jika demikian, umur itu relatif juga kan?"
"Ya, kan Eiestein pun fahamnya begitu? Maish ingat Teori Realiviti masa?"
"Panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti."
"Juga bukan pada yang zahir tapi juga yang maknawi."
Semakin rencam perbincangan kami. Tidak mengapa, sekali-sekala apa salahnya, berfalsafah kekadang lebih indah.

"Imam Nawawi, pendek umurnya tetapi 'panjang' ilmu dan abadi jasadnya. Imam Syafi'e, Imam Ghazali, tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun impak perjuangan mereka melangkaui dekad dan abad". tambahnya memberi contoh.

"Umar Ibn Aziz memerintah hanya kurang lebih 2 tahun sahaja tetapi keunggulan nya mengatasi khalifah Umayyah sebelum dan selepasnya," sambungnya lagi.
"Rupa-rupanya petua nak panjang umur ialah dengan panjang kan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa," kata saya seakan merumuskan..

"Harta boleh panjang kan umur....sedekah atau wakafkan, jadilah amal jariah. Pahalanya berterusan. Akhlak boleh panjangkan umur.....hubungan silaturrahim, panjang lah umur kita...Demikian maksud hadis."

"Apakah rahsia orang yang 'panjang' umur itu?"
"Mereka sedar tentang tujuan! Mereka adalah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu..Mereka tahu tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati..Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan."

"Hasilnya?"
"Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan. When there is will, there is a way!"
"Tapi kita bukan mereka?"
"Betul, tapi itu bukan kelemahan, bahkan satu kekuatan, setiap kita adalah unik.. Tuhan tidak ciptakan manusia bodoh, tetapi Dia ciptakan manusia dengan kebijaksanaan berbeza".

"Kita lebih bijak daripada mereka?"
"Ya, di sudut-sudut tertentu.. Seorang pemandu lebih bijak daripada seorang profesor dari segi pemanduan kereta."

"Tetapi keintelektualan lebih berharga daripada kebolehan memandu kereta..Profesor lebih berharga daripada seorang driver..Gaji mereka lebih tinggi."
"Maksudnya, umur seorang profesor lebih 'panjang' berbanding seorang driver? Maksud kau begitu?
"Perbezaan itu bukan perbezaan taraf, tetapi perbezaan jalan. Jalan untuk seorang driver menjadi hamba Allah berbeza dengan jalan seorang profesor..Itu sahaja"

"Kau tidak mengiktiraf darjat orang berilmu?"
"Tidak begitu..Orang yang berilmu memang dilebihkan beberapa darjat...tapi dengan syarat, mereka takutkan Allah..Kan itu takrif sebenar seorang ulama?"

"Maksudnya?"
"Seorang driver yang takutkan Allah lebih tinggi darjatnya daripada seorang profesor yang tidak takut kan Allah, tentu sahaja 'umur' profesor itu lebih panjang daripada umur seorang driver lantaran ilmu dan amalannya yang lebih tinggi dan berharga!"

"Ah, surah al-baqarah menukilkan seorang yang mati di jalan Allah hakikatnya terus hidup..Syuhada mendapat pahala dan kurnia berterusan daripada Allah..Jadi, satu petua lagi untuk panjang umur ialah mati syahid," ujar saya mengalih arus perbualan.

"Benarlah kata ahli sejarah, para sahabat Rasulullah itu hidup kerana mereka mencintai mati. Dan generasi hari ini 'mati' kerana terlalu mencintai hidup".

"Wah, terlalu panjang perbualan kita hari ini..Apa pun aku ingin mengucapkan 'selamat panjang umur' sempena hari lahir sesiapa sahaja yang akan datang pada tahun ini."...pintas saya sambil bangun..

Jam telah menunjukkan pukul 6petang, Hari semakin pendek..

"Eh, tadi kau kata 'selamat pendek umur', sekarang dah bertukar balik seperti biasa yang aku dengar, selamat panjang umur?" dia bertanya hairan.

"Eh, kau lupa agaknya..Maksud panjang umur ku berbeza daripada biasa..Selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengerat kan silaturrahim, selamat menambah sedekah, selamat menambah rasa takut kepada Allah..Itulah maksud selamat panjang umur!"