Friday, March 11, 2011

orang tak kan faham dunia aku..

kembali bertemu setelah sekian lama tidak mencoret..mungkin disini luahan hati perlu tuk meredakan segala kegusaran..minggu berganti minggu ku ingat kan tugas ku hmpir selesai tp semakin byk..xpela, aku merasakan kesibukan ini tuk tuhan bantu aku meraih keikhlasan dalam melakukan kerja dan membantu orang lain...insya Allah..

alhamdulillah ku harap bantuan ku kepada ibu ayah yg mempunyai masalah kewangan dpt mengurangkan sdikit beban mereka..aku dapat rasa kan mereka sedang kegawatan ekonomi..tak pernah seumur hidup ku, seorang ayah meminta seorang anak tuk meminjam duit seorang anak..selalu nya anak yg meminta duit kepada ibu ayah..bila masalah ini berlaku kepada diri ku, aku merasakan mesti mak ayah aku sgt2 memerlukan wang...ya Allah andai poket ku penuh beribu, ku akan berikan sbb aku merasakan kesusahan kau..bagaimana ketika aku sesak engkau terpaksa meminjam wang semata-mata untuk memberi anak kamu duit..walaupun pinjaman yg kau lakukan, kau x memberitahu anak kau..tapi aku tahu segalanya itu...

aku semakin nekad, aku tahu betapa susah nya mencari duit..aku tak mau meminta mak ayah ku duit walaupun aku sesak bagaimana pun..biar lah aku yg memberi..biar lah aku yg berlapar, biar lah aku yg menahan sakit kerana aku terlalu sayang kan kamu wahai ayah dan ibu..maaf kan aku..nilai yang tidak seberapa itu sahaja yang mampu aku membantu..jangan risau kan tentang ketiadaan duit aku...pandai lah aku mencari nya...

kadang kala aku sibuk bukan tuk mengisi masa luang aku..aku sibuk kerana aku ingin mencari wang poket ku sendiri..kerana ku tahu wang itu semakin hari semakin berkurang..aku dijemput kesana kesini dan aku dibayar..alhamdulillah..mekaseh ya Allah kerana memberi balasan yang baik dan rezeki selepas aku membantu kedua orang tua ku..aku bukan budak pembiyaan MARA atau JPA..aku hanya belajar dengan pinjaman PTPTN shj..mungkin ada orang yg tak faham..biar lah aku berlajar untuk tidak meminta lagi tetapi untuk memberi...jangan risau mak dan ayah, aku akan usaha tuk mencari wang ku sendiri tuk membantu mu....

aku terasa cukup lah keperitan ibu melahirkan aku, cukup lah sudah wang yg  banyak mereka perhabis kan tuk membesarkan ku, cukup lah wang yg terlalu byk mereka keluar kan yg masih belum mampu aku ganti..sekarang masa anak mu tuk membantu mu..aku rasa dari sudut hati ku, tiap kali ibu memasak kan anak2 mu hidangan tuk makan tgh hari dan malam, hidangan itu biasa2 shj kerana aku tahu, ibu ayah ku tidak mempunyai wang tuk kami makan sedap2..tp xmengapa anak mu kenyang dan tidak lagi memilih..

maafkan aku mak ayah..aku akan mencari lagi wang untuk membantu mu lagi...aku akan tinggal kan segala2 nya yang ada, semata2 hanya tuk mu...biarlah aku tidak dikasihi lagi, biarlah aku di perli sibuk macam seorang menteri, dan sebagainya..kerana aku dah meletak kan cinta ku pada mu ibu ayah kerana aku merasakan kesusahan mu yang teramat sgt..maafkan man dulunya menyusahkan mak ayah...

~ikhlas dari anakmu...-aiman-

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home