Thursday, April 29, 2010

disiplin kan solat mu....

kadang kala manusia tak lepas dari melakukan dosa atau kesalahan..tapi kesalahan itu akan selalu dianggap remeh sahaja??semakin banyak kesalahan semakin tebal hati dengan titik hitam..kenapa jadi camtu??sbb kita tak segera mencari ubat...

cube duduk sekejap dan berfikir tentang hadis nabi kita,"jika baik dan sempurna solat kamu,maka baik la semua amalan kamu"...jadi knape kadang kala kita melakukan dosa secara berterusan??sbb mungkin ade kesilapan dlm solat kite..mungkin solat kite tak khusyuk,tak sempurna,tak lengkap atau sebagai nye..jadi untuk mengubat hati yg kian hari kian hitam,solat la pengubat yg mujarab..tapi bgaimana tntg solat kite selame ini?adakah cukup,adakah khusyu',adakah tertib,adakah tekun???tanye la diri kita sendiri...

bila menyedari kian hari byk amalan yg kurang ade la tidak btol tntg solat kite..jadi sy berpesan bkn kpd semua tp juga kpd diri sy sendiri...letak kan satu pikiran semase memulakan solat,DISIPLIN KAN SOLAT KAMU...

ok mari kite tgok btol2....dalam sehari kite cume ade 5 waktu solat yg wajib tuk kite tunaikan..mase2 ini la peluang kite menghadap Allah..itu pun tidak lebih 10min berbanding mase kite dgn dunia lebih 10min malahan berjam2 lame nye..tak boleh kah ruang mase yg hy tidak lebih 10min itu kite berfikir,kite membayang seolah2 kite berhadapan ngn Allah,Allah melihat kite dan Allah nk bg markah tntg solat kite...ala lebih kurang mase kite kanak2 dulu,ade ujian smbhyg...kite akan wat btol2 setertib mungkin dpn ustazah tau ust dgn bacaan yg tertil teliti dan jelas tuk diambil markah kite..jadi bayang kan kite sedang dinilai oleh Allah tuhan yg menciptakan kite selame ini..tak boleh kah kite membaca setiap bacaan itu satu persatu??nabi bersabda.."solat la kamu sepertimane kamu ingin mati pade keesokan hari,dan solat la kamu sepertimane kamu percaye Allah sedang melihat kamu.."

ok contoh nye kamu gatal2 nk menggaru,cube bayang kan kenape kalau kite masuk pertandingan kawad,arahan kate sedia,kite mesti tak bergerak walaupun peluh masuk mate dan ia trase pedih sekalipun,kenapa kite leh ikut...jadi bayang kan kite bersolat kite mendisiplin kan solat kite ibarat kite sdg berkawad di tengah panas..insya Allah jika kite membayangkan sebegitu,kite dapat mempersembahkan solat kite kepada Allah dgn baik..sempurna nye solat kite melambang kan kebaikan kite dalam setiap ibadah yg kite lakukan..insya Allah sedikit sebanyak ia akan memadam kan titik2 hitam yg ade didalam hati kite.


Seperkara lagi,ketika solat,selain melibatkan gerakan fizikal,ia juga melibatkan roh kita..Roh inilah yang sebenarnya diperlukan dalam solat kerana ketika itulah ia kembali menemui Allah..Manakala fizikal kita hanyalah sebagai pengantara..Sedangkan rohlah yang menghayati bacaan tersebut...


Justeru orang yang memahami tujuan solat yang sebenar tentunya mahukan solat nya itu berjalan dengan tenang,santai dan ada toma'ninah..Bukan solat seperti ribut atau laksana ayam mematuk padi sehingga roh selalu tertinggal ke belakang..Dengan perkataan lain,mulut kita secara sepontan membaca bacaan ,tapi pikiran kita melayang entah kemana...Tiba-tiba solat kita telah pun siap dan kita pun memberi salam..


Hakikatnya bersolat adalah masa untuk kita berdialog dengan Allah secara langsung.Kita sebenarnya diberi kesempatan untuk mengadu..Maka sewaktu solat adukan lah semua persoalan kita kepada Allah..Roh kita akan dapat merasakannya..Contohnya hati kita terasa sebak dan air mata menitis dengan sendirinya...Namun jika kita bersolat secara cepat dan terkocoh-kacah mungkin roh tidak sempat menikmati pertemuan dengan Allah ini.Kita akan merasakan bahawa solat itu satu bebanan yang menyusahkan sekali gus menjadikan kita bersolat kerana terpaksa..


Harap kita semua dapat memperbaiki solat kita terlebih dahulu kerana dari solat yang baik,akan membawa kepada ibadah-ibadah yang baik...buruk diri kita sebenarnya datang dari buruk nya solat kita..


renungkanlah...sama-sama kita beramal..(^_^)

Saturday, April 24, 2010

senang je munsyi rupenye..

aku merenung jam di dinding menunggu mase,bile la aku nk bersiap2 ni..ala jap lagi la..aku terbongkang bebaringn diatas lantai smntare menunggu pukul 3..
detik sudah tiba,ape lagi,salin la baju..hehehe
kawan aku telepon.woi man ko dah gerak lom..ala ko gi la lu..xpyh tggu aku..nnti dah smpai sne ko msg la aku...10min kemudian mesg sampai...man,ko dah gerak lom,cpt la..kat kota tggi jem ko thu..perghhh wat aku semakin gelabah...seb bek mase kawan aku anta mesg aku dlm kereta...jam dah pukul 3.30..hati ni dah risau dah..dlm surat kate kene smpai awl 15 min...tiba2 aku melihat deretan kereta bersusun di tgh jalan..alamak jem la plak..jauh lagi ni..hati pun resah,agak2 sampai x ni aek...aku cube mengawal keresahan...ya Allah permudahkn lah urusan ku..sabar man..tuhan nk uji ko ni...aku melihat keluar tingkap kereta smbil berzikir..dlm hati,mane la tau dgn zikir leh permudah kn urusan aku...alhmdulillah pastu jem kembali reda..padahal x thu pun sbb nape leh jem..xde pun kereta xcident..ish3...aku dah terpikir leh ke aku masuk dewan ni..dah pukul 4 dah ni..huhuhu..smpai2 je lmbt 5 min..orng lain tgah jwb ujian bertulis...fuh selamat lewat 5min je...xpe aku syukur,janji dapt masuk jawab ujian...erm rupa-rupanye soalan suruh kita pilih ya tau tdk je..alhmdulillah...
mgkin dr situ mereka leh tgok aku cnderung kpd perakaunan atau pun maskom..huhuhu..sbb dlm permohonan USM,aku pilih kos temuduga 2 je..perakaunan dengan maskom..xpela kalau dpt mane satu pun aku bersyukur..jauh pun x pe la..timba pglaman negeri orang..dah lame aku impikan tuk masuk u..tgok kawan2 seronok je kat u..aku je yg lambat sikit..tp xpe sume tu ade hikmah..tuhan nk beri yg terbaik tuk aku..
semoga kalau ade rezeki tuk ke universiti dalam taman tu,aku harap aku dapt membawa diri dgn baik...
harap supaye ujian munsyi menjadi satu platform tuk aku melangkah kan kaki ke alam universiti xlame lagi...

insya Allah...(^_^)

Tuesday, April 20, 2010

"Hati-hati dengan Hati"...

apa ada pada hati??korang tahu??tahu tak macam mane hati itu mati dan cara nak jaga hati itu??masa terluang aku ni aku cerita sikit..

Sabda Rasulullah SAW “Bahawa dalam badan anak Adam itu ada segumpal darah. Apabila segumpal darah itu baik, baiklah seluruh badan anak Adam itu. Apabila gumpalan darah itu rosak, rosaklah seluruh badan anak Adam itu. Perhatikanlah, bahawa yang dimaksudkan itu adalah hati”.
(Muttafaqun `Alaihi)
Mengapa hati penting?
Dari sudut Islam
Hati tempat letaknya niat. Hadis Nabi “Setiap amalan bergantung pada niat.” Hati menjadi tempat Allah menilai amalan hambaNya. Kata ulamak “Boleh jadi amalan kecil menjadi besar kerana niat dan boleh jadi amalan besar menjadi kecil kerana niat”.
Dari sudut sains
Hati ini sebenarnya merupakan tempat filter darah. Darah yang mengalir dalam tubuh badan kita akan dibersihkan dan disaringkan dari racun-racun ke tubuh badan melalui permakanan dan pernafasan.
Jika dilihat pada kedua-dua sudut ini, terdapat persamaan iaitu tapisan. 
Hati perlu dijaga daripada sebarang perkara yang boleh mendatangkan mudharat kepadanya. Sekiranya berlaku pada hati seperti rosak, buta, sakit ataupun mati, kesannya membabitkan seluruh tubuh manusia . Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat seperti jenayah kolar putih, jenayah jalanraya, dan seumpamanya...perasan x???

Bagaimana hati boleh mati?
har ini yang paling penting aku nak cerita..yang pertama...

1. Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah.

Firman Allah yang bermaksud: 
"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)
2. Hati akan mati sekiranya tidak diberikan makanan rohani secukupnya. Kalau tubuh badan boleh mati sekiranya tuannya tidak memberi makanan dan minuman, begitu juga hati.

untuk menjawab segala pertanyaan..apa tanda-tanda hati itu mati..ini ada serba sedikit tanda-tanda nya...
Tanda-tanda Hati Mati.
Kata Ibrahim Adham kepada anak muridnya:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya :
“Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.”
Cara-cara menjaga Hati:

1. Mengingati Mati
"Perbanyaklah kalian mengingat mati, sebab seorang hamba yang banyak mengingat mati, maka Allah akan menghidupkan hatinya, dan Allah akan meringankan baginya sakit saat kematian." (HR. Dailami)
2. Mendalami Ilmu
Hadis yang diriwayatkan daripada Muaz Bin Jabal :

“Pelajarilah ilmu maka sesungguhnya mempelajari ilmu kerana Allah adalah untuk menakutkan dan menuntut ilmu adalah ibadah dan mempelajarinya adalah tasbih dan berbahas dengannya adalah jihad dan mengajarnya bagi orang yang tidak mengetahui adalah sedekah dan mengajar ahli keluarganya mengenai halal dan haram adalah satu usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah kerana ia mengajar kepada benda halal dan haram dalam menakutkan kepada Allah dan menjadi rakan ketika kesunyian dan menjadi dalil ketika senang dan susah dan menjadi perhiasan ketika keseorangan dan menjadi rakan ketika berdagang dan Allah angkat darjat mereka dikalangan mereka dan menjadikan mereka pemimpin yang menjadi ikutan orang lain. Kerana Ilmu menghidupkan hati yang buta dan memberi cahaya kepada yang gelap dan memberi tenaga kepada yang lemah dan telah mencapai hamba ketahap yang merdeka dan menduduki bersama raja-raja dan mencapai darjat yang tinggi di dunia dan juga akhirat. Dengan ilmu ia boleh taat kepada Allah SWT, dengan ilmu ia menyembah Allah dengan ilmu ia menghubungkan tali sillturrahim, dengan ilmu ia dapat mengetahui yang halal dan yang haram dan menjadi perintis kepada amal. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:35-36.)
3. Bersama dengan orang-orang soleh dan orang-orang berilmu.
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama." 
(Surah Faathir: Ayat 28).
“Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu dan mentaatiMu”.

kadang-kala aku pun terlupa..aku coret didalam blog aku ni supaya aku dapat mengajar dan menasihat kan orang lain disamping memperbetulkan diri aku..aku harap perjuangan aku tuk hidup berlandas kan tiang agama akan berterusan.....

Habiskan Sisa Umurmu Untuk Islam...


semakin seronok untuk aku menulis tentang apa yang aku tahu..semakin hari semakin haus tuk aku mencari ketenangan jiwa dan untuk berkongsi ilmu bersama kawan-kawan semua..kali ni aku rasa nk tulis dengan tone yg lebih skema...=)..harap tiada persoalan jika tidak fahami apa yang aku ingin sampaikan...cube kita renungkan bersama,rugi ke kalau sisa umur kita kita habis kan untuk islam??bak kata Imam Hassan al-Banna... 

"Dakwah kita memerlukan masa yang lebih dari umur-umur kita"~ Imam Hassan al-Banna 

Benar apa yang dikatakan oleh Imam Hassan al-Banna itu.

Di kalangan umat Islam yang ada, lebih ramai yang jahil terhadap agamanya sendiri daripada bilangan mereka yang faham. Mereka memandang yang baik itu pada kaca mata Barat sahaja yang menjadi kiblat dan tempat mereka bersujud, bukan lagi Islam. Yang baik pada Islam dikesampingkan, tetapi mereka tidak sedar betapa nilai-nilai moral yang dianjurkan Barat itu sebenarnya berasal daripada Islam.

Hidup bersama Islam itu bererti hidup untuk Allah. Namun mengenal Allah itu bukanlah dengan jalan melihat kerana kita tidak bisa melihat Allah .Bukan juga dengan jalan mendengar kerana kita tidak bisa mendengar kata-kata Allah. Tetapi untuk mengenal Allah, kita memerlukan ilmu dan ma'rifah. Mengenal Allah dengan ilmu sahaja tidak mencukupi, tetapi kita perlu mengenal Allah dengan faham.Faham mengapa hanya Allah saja yang layak disembah, faham mengapa hanya agama Allah saja yang layak dituruti dan faham mengapa hanya keadilan Allah saja yang layak diteladani.

Maka di sinilah peranan dakwah.

Akan tetapi, 
dakwah memerlukan pengorbanan besar dari seluruh umat Islam. Ia bukan hanya kerja para ulama, tetapi semua umat Islam yang memahami perkara ini perlu memainkan peranannya untuk Islam.

Apakah kalian seorang doktor. Apakah kalian seorang jurutera. Apakah kalian seorang peguam. Kalian semua adalah 
Rijal ad-din yang memikul tanggungjawab besar ini. Kalian perlu merasa sakit dengan wabak yang datang menyerang Islam. Sedih demi Islam.

aku menyeru kalian semua bukan di atas pakaian aku sebagai seorang da'ie, bahkan aku tidak layak untuk memakai gelaran itu. aku hanyalah seekor semut kecil dari jutaan semut-semut besar yang sedang mencari manisan keredhaan Allah.

Namun begitu, janganlah mengharapkan suatu keajaiban di esok hari untuk Islam. Tetapi yakinlah ! cahaya kegemilangan itu pasti akan muncul kembali di suatu hari. Kata nabi SAW :
"Islam ini pasti akan sampai ke tempat yang sampainya siang dan malam. Allah tidak akan meninggalkan rumah yang di bandar atau di desa melainkan Allah pasti akan memasukkan agama ini. Yang mulia dengan kemuliaannya atau yang hina dengan kehinaannya. Mereka yang mulia akan Allah muliakan dengan Islam dan yang hina akan Allah hinakan dengan kekufurannya" ((Hadis sahih riwayat Ahmad dalam Musnadnya (4/103) dan Al-Haithami dalam al-Mujamma')

Akan tetapi, untuk mencapai matlamat ini, Islam memerlukan umat yang sanggup :~

Berfikir untuk Islam,

Bekerja untuk Islam dan,
MENGHABISKAN MASA UMURNYA UNTUK ISLAM ...


                                                                                        


aku masih dilema...

ini juga salah satu artikel yg elok dibace...terusik hati bile membaca..marilah kita sama2 berubah..=)


Kenapa Aku Masih Solo




Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. 

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.


Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

baru aku sedar.....

tuk coretan kali ini aku membace satu artikel dan ia amat memukul hati setiap manusia...aku bce dr laman www.iluvislam.com..aku mohon keizinan tuk copy blik dan ltk di blog aku spy aku harap kwn2 aku dapt bace....
jom kite bace.....

Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..





Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..


Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?
" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..
"COUPLE HARAM"
Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)
?
Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil 
dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya.
 
.

Monday, April 19, 2010

kesempurnaan iman....



alhamdulillah sedikit demi sedikit iman itu mula menyapa aku..aku teringat akan kata2 seorang ust..jikalau 3 hari kite tidak membaca hadis maka hati kite akan ditumbuhi satu titik hitam..bile dipikir kembali btol agak nye...cube kite kait kn dgn wasiat nabi kite iaitu muhammad saw dalam khutbah wida' nya....nabi berkata,"wahai umat2 ku,jika kamu berpegang kepada dua bnda ini nescaya kamu tidak akan sesat shingga hari akhirat iaitu al quran dan sunnah ku...


jadi untuk coretan kali ini,aku mula membuka diari ku tntg ilmu2 agame yg pernah aku belajar dan aku tulis supaya ilmu itu akan kmbali segar dalam kamus pengajian ku...


didalam satu hadis rasulullah saw yg diriwayat kan oleh imam tarmizi,terdapat 5 perkara yg nabi sebut dan berpesan tntg kesempurnaan iman..nabi bersabda:

1.jauhilah perkara2 yg haram nescaya saudara2 akan mendapat kelazatan dalam ibadah oleh Allah..
2.redha kan lah akan apa yg tuhan anugerah kan kpd saudara maka saudara akan jadi orang yg paling kaya..
3..lakukan sesuatu perkara kpd orang lain sepertimana saudara suka perkara itu dilakukan kpd saudara maka  
    saudara akn jadi seorang islam.
4.wasiat nabi,berlaku baik lah kpd jiran2 kita maka saudara akan jadi seorang yg beriman dgn sebnr2nya..
5.jangan lah saudara berlebihan ketawa kerana ketawa itu akan mybbkan hati mnjadi mati..

bile dibaca semula 5 perkara yg nabi riwayat kn ini,aku tersapa sebentar dan terfikir jauh..adakah aku sudah mencukupi untuk 5 perkara ini tentang kesempurnaan iman ku??adakah sudah mati hati ku ini??engkau sahaja yg thu..


aku thu iman itu umpama pokok dan ia juga ibarat tanaman....dalam surah ibrahim pun ada menyebut "tidak kah kamu melihat perumpamaan yg baik itu ibarat pokok yg baik dimana pokok itu tegak berdiri,fizikal dan akar yg kuat,daunnya rimbun dan apabila sampai waktu ketikanya ia akan menghasilkan buah"..jadi disini Allah dah gmbr kn sepohon pokok yg lengkap dgn segala2nya..dan akar itu ibarat akidah...pokok tdk akn dapt berdiri teguh tanpa akar..pokok akan selalu bergantung pada akar nye..jadi akar yg perlu kite kukuh kan adalah akidah kita..ty diri kite,adkh akidah kite dah kukuh tuk menghasil kn sepohon pokok yg baik???


dan dalam surah ibrahim 25-26,Allah menyambung...firman nya.."kalau pokok itu buruk dan benih yg dtg adalh dr benih yg x elok ia umpama sejenis tanaman yg bumi sndiri tidak mengizinkan dia untuk mencengkam ke tanah"...


bile diteliti ayat2 al quran ini,sudah cukup ke iman kite??sudahkah kite menyemai benih yg baik tuk subur kan pokok yg dapt menghasilkn buah yg baik???jikalau kite gugur ke bumi tanpa mempersiapkn hati dan iman kite,kite ini ibarat bangkai yg bumi dan tanah sendiri x dapt menerima kite..itula terbalas nye siksaan di alam barzakh..ya Allah sapa kan la aku ngn ilmu2 yg aku rindui..supaya hati aku diajar dan dididik dengan baik..
ku mengharap kn kesempurnaan iman dalm hidup ku supy lahir nye kelazatan dalm ibadah,terjadinya aku seorang yg kaya,jadinye aku seorang islam,jadinya aku seorang yg beriman,dan hati aku tidak sesekali engkau matikan...       



Sunday, April 18, 2010

terima kasih kerana menyapa tika aku terlupa..

mega meyapa aku disiang hari,terang cahaya nya meyapa aku tuk aku kuat bangkit bersama berat mata yg sering  mengikutkan nafsu untuk menymbung mimpi...allahu akhbar ku ucap supaya terungkai segala belenggu2 syaitan yg mengajak aku tuk tidur didalam selimut najisnya..aku sering termenung dipagi hari melihat diri yg masih kurangnye iman..tapi aku bersyukur,masih lagi aku terjaga dalam nikmat iman dan islam...


kenapa kadang kala aku terfkir untuk menghafal satu muka surat al quran,aku sering dilupakan,,adakah kerana hati ku sudah penuh dengan titik hitam shingga aku lupa segalanya..pemikiran penuh dgn dunia agaknya...aku mula terdetik,macam mane aku nk wat mahar sehafalan surah an-nisa wat isteri ku satu hari nnti dalam hantaran pernikahan ku jika dari skrang aku tidak melatih diri tuk menghafal nya...aku sedih aku kecewa krn aku sudah lama meninggalkan amalan2 yg dulu nya aku rajin lakukan..ya Allah,kurniakan lah aku kesempatan tuk aku mengubah diri ku dan kurniakan lah suasane islam sepanjang kehidupanku..kerana aku tahu sehari aku sibuk dgn duniaku,itula masa yg terindah wat syaitan berbisik merayu2 kpd ku..


aku tak sabar tuk kembali menuntut ilmu..aku dhaga kan ilmu2 mu ya Allah..aku dahaga kn tazkirah,ceramah,ilmu2 rohani yg selalu membisik keinsafan dan kesedaran ku satu ketika dulu..aku masih syukur kerana masih ade shbt yg kau kurniakn tuk aku tika aku terlupa..dia meyapa muka ku ibarat tamparan yg kuat supaya aku bgkit dr lamunan mimpi...walaupun berbekas di muka tp tertanam benih yg bakal subur didalam hati ini jika ia dijaga dan disemai dengan baik..alhamdulillah..masih ade shbt yg mengingatkn aku..
aku tidak sabar tuk kembali belajar...aku dahagakan suasane itu..=(...





2 tgn lbh hbt dr 8 tgn....

alhamdulillah,saya kembali tuk mencoret sesuatu yg berguna tuk kite renung kn bersame...saya manusia,anda juga manusia..sy pasti seawal umur 20thun keats yg dikategorikan sbg zaman muda dan remaja,adalh satu umur atau satu zaman yg pasti kite sering terfikir tentang masa depan kite,kehidupan berkeluarga kita dan sbg nya...

saya duduk berseorang dan mula termenung satu perkara..saya bercakap dgn diri sy sndiri...aku bakal menjadi seorang ayah pada suatu hari nnti jika diizinkan Allah,dan aku juga bakal menjadi ketua kluarga....tapi bgai mane aku nk mencorak anak2 ku dalam semua aspek??tidak kira waktu aku sibuk dgn kerja aku,tau pun waktu aku tidak mempunyai kerja...

saya mula mereka-reka cerita...anak aku bertanya,"ayah,ayah wat keje pe tu??cm sibuk je..banyak sgt ke ayah??..aku pun akn jawab.."aah la syg,ayah byk keje smpai tak cukup tgn ayah dibuat nye.."..dapt plak anak yg mulut becok mesti byk ty punye.."xcukup tgn??ayah nk tgn berape,8 ae macam sotong..hehehe"...aku mula menyambung.."nak thu x walau pun kite hanya 2 tgn,sotong lapan tgn,tp kite tetap terbaik...tgok sotong yg ade lapan tgn tu pun Allah x pilih jadi khalifah..kite yg dua tgn ni tuhan jadikan sbgai khalifah..sbb kite pnciptaan yg sempurna..kite lebih sbb kite ade akal,walaupun kite ade kurang tp akal la yg melebihkan kite segala nya.."
mgkin,anak saya akan merenung dan berfikir..sedikit sebanyak dapt mengajar nye,siape sbnrnye diri kite..

saya berharap agar saya dapt mencorak kuarge yg berlandas kn islam...supaye anak2 dan is3 saya terdidik ngn suasane islam setiap mase..walaupun skrng saya masih remaja dan saya harap kluarge yg baik saya akan dirikan...insya ALLAH...sy mang kalau duk seorang diri suke mereka-reka cerita sepeti cerita td..=)..supaya tuhan akan kurniakan nur yg berpanjangan buat saya dan kuarge saya pada suatu hari nnti...