Tuesday, August 31, 2010

one of side from my privacy blog...




sambil baca sambil dengar lagu ni ae...
SEDIKIT CERITA SUPAYA AKU MAMPU MENDIDIK DIRIKU MENJADI SUAMI SEPERTI INI....

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.

CERITA NI AKAN WAT AKU SELALU INGAT JIKA AKU LUPA SATU HARI NNTI AKU NAK JAGE ISTERI AKU MACM NE DALAM CERITA NI...AKU TETAP MENANTI MU...

Friday, August 27, 2010

coretan tuk mu insan berduka...

'HIDUP INI BAGAIKAN SATU PELAYARAN YANG SUKAR SAYANG'

BERSABAR LAH KERANA SABAR ITU INDAH,SABAR ADALAH BUNGA-BUNGAAN DARI KEIMANAN YANG BENAR.

HARUMANNYA IALAH KEPASRAHAN IAITU MEMANDANG BAIK SEGALA KEPUTUSAN ALLAH DISAMPING MEYAKINI HIKMAH YANG TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA.

KELOPAK-KELOPAKNYA DIWARNAI KETABAHAN,KETENANGAN,KETEGUHAN JIWA SEBAGAI LAMBANG KEPUASAN DENGAN QADAR ALLAH SWT.

SABAR LA SAYANG,DUKA MU ITU BUKAN PEMBAWA LUKA...TETAPI DUKA MU MEMBAWA BUNGA..

taqwa + quran


hari ini dah hari ke 17 aku berpuasa...dan hari juga adalah hari jumaat...aku mendengar khutbah jumaat yg sgt best...kenapa aku tidak terfikir tentang pe yg diceritakan itu selama ini???sbb aku lalai...aku sibuk ngn tugas dunia shingga aku tak sedar aku sedang mengabaikan tugas ku untuk akhirat....sedey nya...khutbah jumaat rini menceritakan tentang taqwa dan indah nya quran..

kata ibnu mas'ud,"taqwa ini untuk membina nya ada 3 ciri.pertama,kamu taat dan hindarkan maksiat,kedua kamu percaya sepenuh nya kepada Allah..ke tiga,kamu syukur dan bukan kufur"..

allah ade menyebut didalam al quran,jika kamu bertaqwa akn aku beri kemudahan kepada mu...tetapi bile kita lihat balik diri kita dan situasi diluar kita sekarang...sbb kenape smkin hari,dunia kita penuh masalah,xde jalan keluar,xde kemudahan tuk menyenang kn kita keluar dri masalah itu,contoh nya,di bulan ramadhan ini,banyak kes2 zina,pembuangan bayi,dan sebagai nya...kenape ini berlaku???sbb xde taqwa dlam diri...dunia kita semakin bermasalah...macamne tuhan nk bagi kemudahan dan bantuan jika kita x bertaqwa kepada nya...tuhan dah menjanji kan jika kita bertaqwa,dia akn permudahkan urusan kita,tapi adakah kita sudah bertaqwa???jika tidak bgaimana hidup kita nak tuhan permudahkan...lihat dunia kita sudah menjadi bukti bahawa manusia belum bertaqwa....kalau seluruh umat islam bertaqwa mengikut ciri2 yg ibnu mas'ud katakan,insya Allah seluruh orang kafir,israel,zionis akan takut dan gentar dengan ketaqwaan kita...



sempena nuzul quran pada hari ini,marilah kita sama2 menghayati apa itu quran...kita bukan sahaja mahu diri kita khatam quran,hafaz quran,menghadiri tilwah al-quran,baca dengan berlagu,atau sebagainya tetapi kita juga harus paham apa yang kita baca selama ini...menjadi maslah masyarakat malaysia pada hari ini,mereka khatam,mereka smbut nuzul quran tapi mereka x memahami apa yang terkandung didalam alquran...bagaimana quran tu nak bagi petunjuk jika kita xpaham petunjuk...bagaimana kita nk ikut petunjuk kalau kita xpaham ape petunjuk yg diberi...itu masalah kita...

kita lihat saintis barat seperti Dr Jackel yg menghatam kitab bible dan memahami keseluruhan isi nya di lantik menjadi paderi di gereja di amerika syarikat...kemudian beliau dihadiah kan oleh orang islam sebuah kitab iaitu quran...beliau mengkaji quran,,beliau tidak tahu mengaji,beliau membaca dengan terjemahan bahasa inggeris..beliau mengkaji isi al-quran,dan akhirnya pengkajian beliau mengenai quran membuat kan beliau memeluk islam...ni la satu perubahan yang kita mahu...kenapa berlaku perubahan dalam diri,sbb mereka paham pengisian di dalam alquran...sbb kenapa rakyat malaysia membaca al quran,khatam smpai berbelas kali tp xde perubahan???kerana mereka tidak membaca dan memahami quran...bagai mane quran tu mahu dijadikan petunjuk....jadi sempena nuzul quran ini,dimana quran itu di turunkan kelangit dunia untuk disampai kn kepada umat manusia menyuruh kita mengkaji,mendalami,menghayati al quran itu...bukan shj kita membacanya tp kita tanam kn diri kita jiwa kita dengan nur quran,supaya dalam pe jua perbuatan kita,dibawa bersama alquran...supaya kita dapat berubah..macmne scientist barat mengkaji al-quran dan die berubah,macmtu la hndak nya kita...



jadi marilah sama2 kita menghayati ape itu nuzul quran...aku terasa kerana aku juga dikalangan masyarakat yg membaca tetapi tidak memahami keseluruhan al-quran...hina nya aku dihadapan Allah...disini aku berpesan supaya aku dapat mengajak dan mengingatkan diri ku sekaligus membentuk satu perubahan yang baru...ramadhan peluang keemasan tuk kita...mudah mudahan ade ramdhan lagi dipertemukan tuk kita....

Wednesday, August 25, 2010

CABARAN + TAK PUAS HATI

rasanya dah sebulan aku memakai kemeja putih bertie hitam dan berseluar slack hitam...minggu ni adalah minggu terakhir...harap ia berlalu dengan cepat...bukan apa,cuma agak rimas apabila ada kelas tgahari dan petang yang panas,kene lak pakai baju tu,dah rasa tak selesa...kadang kadang aku tertekan dan ingin rasa nya mendapatkan bahu seseorang tuk aku lentok dan menangis...tertekan dengan banyak benda..aku sedar,aku sekarang kurang tidur...jadi badan menjadi letih..tapi aku tetap gagah kan diri...ni satu kesyukuran sebenarnya...

hari ini aku ada morning aktivity (MA)..kena bangun pukul 5 pagi tuk bersiap selepas solat subuh untuk bergerak ke padang kawad...sebelum tu,senior kadet aku tanya,sape tampal DO..aku ckp la aku...siap la korang pagi ni kene la taji,tampal DO tak betul...aku tgok semula,aku cakap,tuan yang ni saya tak tampal,saya tampal yg belakang ni..saya ingat kan yg depan ni tuan yg tampal...aku punya la dah tampal lek lok,intake aku gi tampal lagi satu pastu tindih kertas aku plak tu..pastu cara tampal dah x betol...ermmm mang sorang salah suma la kene..

pagi lagi dah wat kan kami berpeluh sebab kene 4 set...(20 pumping,20 jangkolejang,20 jumping jet)x4=240x aku terima hukuman pagi tadi...sehingga kan aku rasa seprti nak termuntah...1 set tuan firrdaus bagi sbb sorang intake aku tampal DO x btol,1 set tuan abdullah bagi,dan 2 set lagi berterusan diberi oleh minchiefman pompuan yang kerek..



xberhati perut langsung..bagi 1 set leh terima lagi..ni 2set sekaligus...pikir la,kami berpuasa,kami pakai kemeja lagi nak pergi kelas lagi...kadang2,minchiefman pompuan lebih belagak dari laki...belum naik pangkat dah belagak...tapi xpela aku tetap gembira kan hati aku walaupun dalam hati menyumpah2...yela kalau hukuman tu dia leh wat,aku respect dan aku akan wat ape yang die suruh...tapi kalau hukuman tu die bagi tp die sendiri pun wat cam nk mati,nak claim ko senior???aku xkan respect orang cmtu...ye aku tahu senior always rite..ermmm ntah la...huhuhu

badan semakin hari semakin letih..nak jumpe katil dan berbaring pun susah...nila khidupn kesusahan sblum kesengn...aku yakin dri ksushn yg aku ade skrng,pembawa kepada kesengn aku di hari esok...harap begitu la...xtahu nak cakap pe lagi..sbb aku selalu terkejar2 nk gi kelas....huhuhu....xcimen n tugasan tu biase la kan...lumrah...:)

pejam celik pejam celik dah tahun 3 nnti..so aku nk pejam celik pejam celik je la pasni..mane tau lebih cepat masa berlalu...keh keh....:)



video diatas untuk santapan umum bahawa inilah serba sedikit kehidupan sebagai navy...:)

Saturday, August 21, 2010

tunggu daku.....

alhamdulillah sedikit sbanyak arini aku rasa sedikti terubat...:)..bukan senang tuk jadi orang yang bersabar..walaupun aku tahu sikap ku mase dulu seorang yang degil,keras hati..kalau nk tu nk tu gak..tp bile meningkat usia,bukan bermaksud dah nk tua baru nk sedar..hik2..cume berfikir jauh dan merenung nikmat tuhan  yg banyak...kalau arini aku letih,ade orang lain yg lebih letih dri aku...kalau arini aku kate aku ngntok sbb xcukup tido,ade orang diluar sane xtido beberape hari tuk mempertahan kan agama..kalau arini aku kate aku lapar,diluar sane ramai lagi yg x makan berhari-hari sehingga perut membuncit masuk angin...sume tu bermain di fikiran aku..

malu rasanye bile nk merungut..sbb bile renung balik,berape lame tuhan beri susah dri senang??rasanya banyak senang dri susah..aku masih lagi mampu berjuang..aku nak jadi yang terbaik..walaupun sedikit letih dan penat ini juga satu nikmat yg besar tuk aku...aku tidak akn berenti berjuang..ingat kate2 itu..aku selalu sematkan didada...tggu aku!!!!


Sunday, August 15, 2010

persinggahan.....

khidupan aku semakin hari semakin sibuk..bile dah berada jauh dgn kuarge,pengurusan masa hrus ditentukan sndiri...nk pegi kelas ke tidak ke,sume bergantung pada diri...tp ape yg membezakn kite dgn dak2 lain..diowg gi kelas kite pun gi kelas..cmne aku nk jadi pelajar luar biase...jadi aku kene usehe mencari pengisian rohani sndri..kuat kan diri tuk melangkah ke masjid...insya Allah kalau kite jdi seorang manusia bekerjaya.kerjaya itu kerana berkat redha Allah..tu yg kite nk...kalau kite seorang bisnesman,biar la bisnesman itu adalh bisnesman yg taat perintah Allah...

alhamdulillah,walaupun sedikit sibuk,tuhan masih bgi ruang mase tuk aku berehat,dan diberi peluang tuk sertai kumpulan usrah pelajar master dri dlm ngara dan luar negara..walaupun aku seorang yg wat bachelor dgree,aku nk belajar sesuatu dri mereka...ade seorang abg ni,bru umur 22 thun dah wat master...aku sgt kagum ngn die..die kate master ke dgree ke dik,sume berkat dri Allah...dan alhamdulillah aku berkesempatan meluang mase sedikit tuk same2 mendengar sedikit usrah dri die di surau desasiswa bakti permai...

dunia ini spt mane yg kite thu adlh untuk menuju alam akhirat...dunia ni adalah tempat tuk kite berenti bermusafir tuk kumpul sbyk mane bekalan tuk ke akhirat...aku sedar kelemahan aku selame ni,aku x kuat untuk menebalkan muke pergi bilik ke bilik tuk mengajak orang bersolat...aku sedih sbb iman aku terlalu rendah...aku harap tuhan bgi aku kekuatan tuk aku perbaiki kelemahan aku...aku tahu kalau kite menebalkn muke mengajak saudara kite bersolat,kite ziarah bilik ke bilik,smate-mate tuk tunaikan tggjwb kite sbgai saudara seislam,nnti diakhirat tuhan akan ukur nilai keimanan kite itu ngn satu level yg tggi..
 pernah nabi gmbr kn satu kisah bhw seorang pemuda yg beriman kepada Allah tetapi msuk neraka...pemuda ini x pernah tggl solat,x pernah tinggal solat mlm,mase nye sentiase kepada Allah..tp die duk dlm kawasn yg penuh maksiat dan dose....die x pernah menegur,die x pernah mengajak walaupun sekali,jadi tuhan kate ko adalh penghuni neraka...jadi ape yg nk disampai kn,ajak la saudara2 kite bersolat walau hy sekali...biar kite kene caci kene hina,kene pndg serong,tp kat akhirat tuhan bgi gnjaran besar atas kekuatan kite...



kite selalu merungut,tuhan  lmbt kabul kn doa kite...knape kalau orang kafir berdoa ngn tuhan mereka,die dapat pe yg die nk...kite kene ingat,nnti di akhirat,bile tuhan tunjuk kn gnjaran bgi doa2 orang2 yg tertgguh tu mesti kite akn ckp,alangkah baik nye jika sume doa aku didunia tak dimakbulkan Allah..sbb tuhan nk byr kat akhirat....nnti di akhirat,keimanan firaun akn mengatasi sume keimanan manusia yg ade didunia sbb tuhan dah tunjuk kn bukti dihadapan nye,tp pada mse itu,tuhan tidak terime keimanan seperti firaun,,yg tuhan terime,keimanan yg mereka percaya dengan yakin sebelum Allah tunjuk kan bukti semasa di dunia...

ya Allah jadikan lah ramadhan thun ni sbagai ramadhan yg terbaik wat aku...kuat kn la rohani dan jasmani ku tuk aku sempurna kan amal ibadahku..supaya sibuk cmne pun aku,tetap ade ruang tuk sujud kepada mu ya Allah...supaya aku dapat keberkatan dalam semua yg aku lakukan tidak kire dalam pelajaran atau pun dalam ibadah...

Sunday, August 8, 2010

luar jangkaan....

agak lame aku x update blog aku sndiri sbb kengkangan mase...aku nk cerite sal mavi marmara tu pun x kesmpaian lagi...harap sape yg selalu tinjau blog aku,arap bersabar....tp aku nk kongsi sikit...alhamdulillah mase berlalu ari demi ari,aku terlalu meminjam hak tuhan..tuhan memberi ku rezeki dan jauh sungguh tuk aku bersyukur...harap kesibukan yg aku ade,maseh hati ni xlupa kepada tuhan....

terima kasih kepada Allah sbb kdg2 bile aku berpikir balik tentng cita2 mase kecik ku dulu,aku terase aku memasang cita2 tapi x kesampaian...bile sekarang aku merasa kn tuhan itu leh wat pe saje diluar jngkaan nye...kalau lu aku bercita2 nk jadi pengurus tau pengarah syarikat pekapalan...lantas mase spm ku,aku x dapt kemana hanya dapat membuat stpm jurusan sastera..aku rasa kn dah x de peluang tuk ke bhgian kapal2 ni sbb tu kan bidang2 sains..tp bile aku dah ke menara gading,aku sertai palapes dan dapt palapes laut plak..aku teringat cita2 mase kecik2 ku..owh rupa nye begini...tuhan itu tahu pe yg terbaik tuk kite...kalau ini satu landasan yg baik tuk aku,aku akan terus kn dengan hati yg tabah...

aku mohon kekuatan fizikal dan mental aku masih terjaga...supaya aku dapat menjadi leftenan muda kapal yg berkualiti...yang penting aku nk lepas ujian renang sbb senang kenaikan pangkat kalau lepas ujian renang dalm navy ni...xlepas,pangkat tu je la smpai bersara..agak malu kalau jadi navy tp x pndai berenang...harap sume berjalan lancar....ameeeeeennnnnn...