Monday, March 29, 2010

your life is like a round shape....


Sometimes,
We will feel helpless,
We will feel lost,
We will feel down,
But,
There is always someone watching over us.

Sometimes,
We will feel hopeless,
We will feel unfair,
We will feel sad,
Life is nothing,
Life is difficult,
Life is a struggle.

Sometimes,
We do not know where to go,
We do not know where to hide,
We do not know who our friends are,
Even do not know who our enemies are.

Sometimes,
They keep pulling us down,
They keep making us sad,
They keep smiling badly at us,
They keep blaming us,
We are nothing for them.

Sometimes,
We have to sacrifice,
We have to change,
We have to pretend,
We have to be strong,
We have to be stubborn,
Never shows our tears.

However,
Sometimes,
We have to reflect on ourselves,
We are imperfect human being,
We have done many mistakes,
We have done many stupid mistakes.
And,
Sometimes,
Luck is not in our side,
We have struggle a lot,
But,
We cannot change the destiny,
We will return to our Creator afterwards.

However,
Sometimes,
We have to understand others,
Then,
They will understand us afterwards,
We have to befriend with others,
Then,
They will befriend with us,
We have to love others,
Then,
They will love us too,
We have to accept others,
Then,
They will accept us who we are.

However,
Sometimes,
We have to be on our own,
We have to believe in ourselves,
We have to be who we are,
We have to believe in our conscience.
We have to believe in others,
Among all,
We have to believe in God,
May Allah bless us.

syisha....(^_^)

hari sabtu yg lepas saya pergi ke downtown,KL besrsama rakan2 serumah..niat hanya untuk membeli sedikit baju n cenderahati(selendang)...kwn2 yg lain nak hisap syisha kat salah satu kdai mkn disitu...saya thu syisha itu tak sbahaya rokok yg mengandungi,nikotin,tar,racun tikus dan sebagainye...cume dihisap begitu tanpa mandatang kn kesan smpingan pada jantung..tapi hati ku masih meragui tntg kndungan syisha itu...pabila gerak hati meragui untuk kite melakukan sesuatu adalh yg tak kene..jadi untuk tidak termakan hasutan syaitan,cube ingat blik,asap itu kn mknn setan..setan amat suke bau bauan asap..jadi hati saya meragui untuk mencuba..


10min selepas itu,2 orng kawan2 ku senoneng dan pening2 sebab hisap benda alah tu..hehehe..pe tak nye gi cmpur dua perisa(apple&strawberi)...dah masing2 nak muntah..hehehe..saya pun dengan lagak nye cakap...ar tu la..ko sendiri pun senoneng nk ajak aku hisap..huhuhu..


pe yg paling penting sbnr nye gerak hati kite...dalam hati kite ade tersembunyi makhluk yg sering menghasut kite...satu hasutan yg jahat yg datang nye dr setan dan satu lagi hasutan yg baik yg dtg nye dr malaikat...kadang2 penah tak kite terpikir nak wat bende jahat tapi hati kite tergerak rase was2.."emm baik ke ar bnde ni","ermm aku cm xyakin la".ar tu la hasutan yg baik supy mencegah kite dari melakukan nye...tp aleh2 dtg satu pemikiran.."aghhh xpela,salah sikit je kot..dose sikit kot...anti sok jgn la wat lagi"....ar benda cmni la yg kite kene pikir kn semula..dr mane dtg nye perubahan pemikiran kite yg pade mule2 nye rase takut dan  was2 tp di hasut syaitan,kite lantas mengambil jalan yg mudah...


walaupun ade halangan dan godaan supaye saya hisap syisha,tp alhmdulillah saya harap pegangan sy  msih teguh  untuk mengatakn asap itu mknn syaitan..yg pling saya bersyukur..niat tuk beli sehelai selendang yg cntik akhir nye ternyata...mungkin ade kesempatan sy akan beli selendang yg lebih cntik...ku harap selendang itu dapat mentarbiah rasa hormat ku kepada si dia yg sering menyuruh ku menggunakan clue TOKEN...hehehe...

Wednesday, March 24, 2010

jangan tidur selepas subuh....

Assalamualaikum.

Seperti yang kita tahu,Rukun Islam itu terdiri daripada 5 perkara.Rukun yang keduanya adalah Solat Lima Waktu.Dan kita tahu,ianya adalah haram untuk kita meninggalkan solat secara sengaja.

Tetapi,cuba berlaku jujur,tanya diri anda.Berapa ramaikah orang yang bangun untuk bersembahyang subuh setiap hari pada zaman ini?Mengikut pemerhatian saya dari keadaan sekeliling,saya boleh simpulkan hanya 40% yang bangun subuh pada pagi hari.Ini adalah statistik yang menyedihkan.

Bangun subuh pada pagi hari ini bukan bermaksud sembahyang ganti subuh setelah matahari tegak.Tetapi,ketika waktu 
prime-time.Sebelum habisnya waktu untuk bersolat subuh.

Sebenarnya,punca kita sukar bangun subuh mungkin kerana waktu dan cara tidur kita yang tidak betul.Jadi,di dalam artikel ini,akan saya kongsikan cara tidur yang betul menurut Islam yang jika dituruti,pasti akan membolehkan kita bangun subuh setiap hari.

Saya juga akan turut menyenaraikan beberapa perkara tidak bermanfaat yang anda terpaksa ubah dalam kehidupan seharian untuk mengikuti cara tidur ini.

Dan terakhirnya,sebelum meneruskan lagi penulisan,elok diingatkan,cara tidur mengikut Islam ini baik untuk kesihatan.Badan anda pasti segar di pagi hari setelah mencuba.

Cara Tidur Yang Betul Menurut Islam

1) Tidur awal.Mungkin dalam pukul 1030 malam,anda sudah boleh masuk tidur.Jika anda sudah berkahwin,latih anak-anak anda tidur awal juga.

2) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi SAW membenci untuk tidur sebelum Isyak.

3) Semasa hendak tidur itu,niatkanlah dengan ayat lebih kurang begini "Ya Allah,aku tidur ini kerana-Mu ya Allah.Untuk memenuhi fitrah badan aku.Kerana aku ingin bertahajud pada malam nanti pula.Semoga tidur ini memberi kebaikan yang sama dengan tahajud aku nanti."

4) Tetapi,niat di atas itu bahasa tidak formal sahaja.Itu saya baca begitu.Bukankah Islam itu mudah?Anda boleh 
search di internet untuk niat lebih formal.

5) Kemudian,tidurlah anda.Sebelum tidur itu,berwudhu'lah dahulu seelok-eloknya.Baca juga ayat Qursi.Baca juga surah Al-Ikhlaas,Al-Falaq dan An-Naas.Mengucap juga dua kalimah syahadah sebelum tidur.

6) Kemudian,dalam hati,niatkan untuk bangun pada pukul sebagai contoh mari kita letakkan 
1.30 AM.Ini kerana waktu itu,kita punya minda belum sampai tahap tidur yang susah bangun.Ini kajian sains pun ada sebut.

7) Kemudian,bangunlah kita.Lakukan solat tahajud.Lakukan solat sunat.Ketahuilah bahawa solat tahajud itu solat sunat yang amat dituntut selepas solat fardhu.

8) Kemudian,jika anda masih mampu,bacalah sedikit Al-Quran.Tetapi,janganlah lakukannya jika anda mengantuk.Rasulullah berkata yang bermaksud lebih kurang begini "Janganlah bersolat dalam keadaan mengantuk kerana kamu akan mencaci diri kamu sendiri nanti".

9) Kemudian,tidurlah kita.Tetapi,setkan 
alarm untuk bangun subuh pula.

10) Kiranya kita boleh simpulkan kita bertahajud selama sejam.Iaitu sehingga 
2.30 AM.Jadi,kita akan tidur selama 4 jam sehingga jam 6.30 AM. (Anda boleh sesuaikan waktu ini dengan jadual solat kawasan anda)

11) Tetapi,
setkan di dalam minda.Kita hendak bangun subuh.Berdoalah kepada Allah.Supaya membangunkan kita ketika subuh.Dan ketika sedar sahaja,pastikan mengucapkan syukur kepada Allah.

12) Lawan perasaan malas anda.Itu hanyalah syaitan.Sains mengatakan kita perlu tidur 6-8 jam berterusan bukan?Sebenarnya kajian terbaru ada menunjukkan bahawa kita hanya perlu tidur 3-4 jam berterusan.Dan bangun malam sebentar itu bagus untuk kesihatan.

13) Dapat membaikkan buah pinggang dan sebagainya.Ini bertepatan apa diajarkan Rasulullah SAW.Baginda menyeru kita tidur sebentar apabila kita mengantuk.

14) Nampak?

15) Dan kemudian,apabila sampai ke waktu zuhur (tengahari),berbaringlah anda sebentar.Orang putih kata 
take a cat nap.Ianya bagus untuk kesihatan.Niatkan juga untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.Pasti mendapat pahala dan berkat.

16) Jangan tidur selepas asar.Ada bukti sains juga yang mengatakan tidur selepas asar boleh menghilangkan kewarasan (gila).

17) Dan apabila sampai malam,apabila anda mengikuti cara ini,pasti anda dapat tidur awal.Mula-mula hendak berubah,tentulah susah bukan?Jangan risau.

18) Dan dengan mengikuti cara ini anda mendapat 3 perkara.Iaitu keberkatan Allah SWT,kesihatan tubuh badan,dan juga dapat menjalankan tanggungjawab anda sebagai Hamba Allah SWT.

Perkara Rutin Kehidupan Seharian Yang Perlu Anda Ubah Untuk Mencapai Matlamat Ini

1) Kurangkanlah berhibur.Adakah anda fikir hiburan itu semua dapat membantu anda di akhirat kelak?Tiada guna menonton rancangan-rancangan yang tiada nilai kebaikan itu semua.Tiada guna anda duduk depan Facebook 24 jam mengharap akan keluarnya notification baru.

2) Tekad dan Istiqamah.Lakukanlah untuk mengharapkan keredhaan Allah.Anda hidup di dunia ini kerana Allah SWT mengizinkannya.Janganlah lupa kepada-Nya.Jika anda bersolat tahajud dan lengkap solat fardhu,pasti Allah akan membantu anda dalam hidup di dunia dan akhirat.

3) Jangan fikirkan orang lain punya kritikan.Ya.Hidup di zaman moden.
You know.Malam masih muda selagi jam masih lagi belum menunjukkan pukul 5 pagi.Walaubagaimanapun,itu bagi mereka yang tiada ilmu.Jika anda masih mahu mengikut mereka,teruskan.Jika mahu menjadi hamba Allah yang mendapat berkat-Nya,ubahlah cara hidup.

4) Anda perlu untuk menambah ilmu anda juga.Jika anda tiada ilmu,ibadat anda itu kosong.Jika anda berilmu,anda akan dapat menghayati perbuatan anda.Sebagai contoh,jika anda ada ilmu tentang wudhu',anda akan tahu betapa besarnya kebaikan berwudhu' itu.Jika tidak,anda tidak lebih sekadar berwudhu' kosong.

Tetapi,Bagaimanakah Jika Saya Duduk Di Hostel?

Mungkin itu persoalan yang melanda anda.Ya.Bagaimana anda mahu tidur awal jika anda menginap di asrama.

Itulah masalah kita pada hari ini.Oleh kerana kita hidup terlampau berpaksikan nafsu,kita tidur lewat,berjaga malam tanpa berbuat apa-apa membuang masa.

Itulah pentingnya anda untuk tidak membuat bising di dalam bilik.Ini tidak,hati
roommate tidak pernah dijaga.Bising.Memasang lagu sekuat-kuatnya.Headphonebukankah ada?

Jadi,jika anda tidur di hostel,anda mungkin boleh pergi tidur di surau.Atau pergi tidur di bilik orang yang senyap buat beberapa jam sebelum bangun solat malam.Jangan bimbang.Jika ada kemahuan,di situ ada jalan.Allah pasti membantu.

Tentang rakan yang membuat bising dalam bilik,bersabar sahajalah dengan mereka ini.Pelik juga.Mereka ini tidak ada rasa bersalah ke tidak bangun subuh?

Mungkin sebagai permulaan,anda boleh sebarkan isi artikel saya ini kepada kawan anda?Atau 
sharekan di Facebook.Mana tahu,pihak berkenaan mungkin terasa dan mengubah sikap.Malah,mungkin beliau dan anda akan turut bersama-sama tidur awal.Indah bukan?
Kesimpulan

Jika anda mengikuti cara tidur ini,anda pasti boleh bangun subuh dan anda pasti akan merasa sihat.

Saya tidak tipu.Saya sendiri sudah mencuba cara ini selama sebulan.Dan Alhamdulillah saya sentiasa bangun subuh dalam tempoh sebulan ini.Kalau dulunya,ada juga 
miss.

Dan,saya 
gerenti anda juga.Anda tidak akan mengantuk pada siang harinya.Tetapi,anda akan lebih ceria dan segar.

Bukankah Nabi SAW bersabda bahawa tidak elok untuk tidur selepas Subuh?

Setelah saya mencuba cara ini,saya berpendapat bahawa kita tidak elok untuk tidur selepas Subuh kerana jika kita tidur semula dan bangun lewat,minda kita tidak akan
fresh.Malah,kita still perlukan tidur.Dari situ,kita dapat lihat,hidup berpaksikan nafsu tiada kesudahan.

Dan,jika anda tidak tidur selepas subuh,anda akan 
fresh.Anda boleh memasak sarapan,membaca suratkhabar,tidak mengantuk untuk pergi ke kerja,membaca Al-Quran,menyiram bunga.Malah anda juga akan gembira dan riang.

Tidakkah itu menyeronokkan? (Mungkin hanya menyeronokkan bagi orang yang normal).

Itulah dia.Semoga anda semua dapat manfaat dari artikel ini.

Amalkanlah cara ini.Sesungguhnya tiada guna anda membaca artikel tentang Akhir Zaman dan Dajjal jika Solat Subuh anda tidak sempurna.Kerana Solat itu merupakan perkara pertama dihisab di Akhirat kelak.



LIHAT SEDUTAN VIDEO INI....(^_^)



Fikir-fikirkanlah. 

Sunday, March 7, 2010

Jahiliyyah + Dongeng

Nak menukil sedikit tuk lembaran kali ni..mgkin agak menarik tuk skdr mghiburkn hati..

Jahiliyyah.....
ape maksud jahiliyyah??jahiliyyah ni berasal dr perkataan arab iaitu jahil taupun erti kate kite skrg ni,bodoh,tonggong,bahlul,bengong n seangkatan ngn nye la..nk thu x mase kelahiran nbi saw,insan yg pling seronok sekali ialah abu jahal..suaibah hambe abu jahal..die gtau abu jahal,"wahai abu jahal,ko sudah dpt ank sedara baru.".btol ke suaibah??ko aku bebas kn..dalam msyrkt arab,hambe ni adalh satu bnde yg pling berharge bg diowg..abu jahal ni gmbira sgt muhammad lahir,die bebas kn suaibah..ade ke msrkt melayu kite skrg,bile gmbire je kasi kete satu kat org??
xdekn..tp bile abu jahal wat gitu satu pengorbanan besar bg die..suaibah ni adalh slh satu ibu susuan nbi..
nk cite sal jahiliyyah ni sbnrnye,pada zaman jhlyyh ni diowg suke bunuh bayi perempuan..tanam hidup2..masya Allah..pergi lak kpd zmn firaun,kalu zaman firaun hy bunuh ank laki2..n bunuh owg yg mgndung gak..kalu org mgndung ditoreh perut nye,kalu yg dikuarkn ank laki diowg akn ckp"oh ini mang kami cri"..kalu toreh2 pmpn,"oh i'm sorry"...bergurau saje..tp bile kite tgok skrng,ank laki ke pmpn ke,mereka bunuh tnpe peri kemanusiaan..masya Allah..sape yg lbh firaun???
Kalu la abu jahal dn firaun hidup semula dan hidup dizaman kite,mereka pun x sggup nk hidup,mati blik..sbb manusia akhir zaman ni lbh truk dr abu jahal dan firauan..

Dongeng
kalu ikut sunnah nbi mang nbi saran kn tuk stiap ibu bpe yg dikurniakan chy mata,tuk disapukan dibibir byi ngn manisan spt kurma..nbi myarankn kita tuk melakukn sunah itu ngn berjumpe owg yg alim tuk melaksanakannya spy ape yg diberi kn kdlm mulut bayi itu mendapat rahmat n keberkatn spy bayi itu akn mnjd owg alim spt owg alim 2 satu mase nnti.kalu dalm bhs arab dipanggil tahnik..bak kate owg melayu belah mulut la...nk bkak cerita nye ni.ade sorng ust ni dtg hospital klang melawat pesakit..tibe2 die ternmpak gelagat seorng makcik ni membelah mulut cucu nya yg bru lahir dgn cincin emas..makcik ni bkk cincin emas die,n sapu kn sedikit madu ke bibir cucunya..jadi bila dilihat begitu,ust ni pun dtg.."makcik knape makcik buat cmtu?",.."makcik pun xthu sbb ni dato nenek makcik yg ajar.."..oh bgitu..ust ni pun bisik dlm ati seb bek tok nenek makcik ni dah xde..kalu ade lagi mesti die akn ckp gak,ni datuk nenek sy yg ajar gak.."makcik knape makcik gune cincin emas".."oh ini makcik nk supy cucu makcik bile dah besar,kate2 nye brharge ibarat emas"..wah...hbt tu dgr..jd ust ni pun ty.."makcik,bes kalu sy nk ank sy nnti dah besar mulut nye petah bercakap dan tajam kene blah mulut pakai pdng la makcik ae"..huhuhu...makcik 2 pun tersengeh la pe lagi...ade satu cerita lagi..ade sorng ust ni gi haspital klang gak..jd satu ari2 die x pakai kopiah..jd owg x thu la yg die ni ust..jadi,ade sorng ni dtg kat seorng pemuda ni yg pakai kopiah.mgkin msyrkt kite ni pikir kalu pakai kopiah tu ust la kot...jadi,ust(benar) ni tgok gelagat dua orng hambe ni,yg seorang bapak ni kata,"ust,bleh x ust tolong azan kn anak sy?"yg pemuda yg pakai kopiah ni pun tgok jam.."erm lom msuk waktu solat lagi nk azan.."..waduh2..kalu tggu azan bru nk azan kn bayi,anti hospital tu bkn jd tmpt org skit nnti org ingat masjid plak..hehehe..pastu kalu bayi y lahir beratus2 orng nk tggu azan mang jenuh la ust tu nk azan kn bayi kat hospital tu..kelaka kelaka..

papepun ia skdr hiburan tuk kite relax kn hati n minda kite spaya lbh mendalami islam..bkn islam diatas budaya dan adat..tp islam disebbkn amalan yg disarankn dan disunahkan oleh nabi kite..


renungkan la...=P

Wednesday, March 3, 2010

Solat tapi masih tak berjaya???

Di ruangan ini,saya rasa,saya nk bercerita satu kisah yang boleh kita jadikan iktibar terutama sekali pabila kita gagal dalam mghadapi sesuatu..saya rasa mungkin boleh menyentuh semangat setiap rakan ku yg hampir luntur..


Jadi sebelum itu sy nk kite bersame2 sentuh hati kita dan fikir,mengapa kita masih gagal sedangkan kita sudah tunaikan solat dan taat perintah Allah??Dilema ini sering melanda jiwa remaja yang merasa putus harapan apabila mereka terus gagal dalam pelajaran..Ramai yg merasakan solat tidak mendatangkan apa-apa kesan dalam hidup mereka.Natijahnya,tidak mustahil ada remaja yg merubah sikap daripada baik kepada jahat bahkan ada yg sggup menukar agama..


Si A kata,"ala aku tgok kawan2 yg lain tak kisah solat pun leh berjaya pe."..Kawan,kehidupan kita beze sgt dgn org kafir yg diberi nikmat banyak didunia tapi sayang mereka akan diazab diakhirat..kan rugi cm2..kite untung,orang islam ni smkin tggi iman,smkin besarlah ujian yg akan kita hadapi sbb Allah nk bgi syurga di akhirat..Allah akan bg nikmat itu pada kita walaupun 10thun akn dtg dan kita harus yakin kalu x dapat didunia mgkin diakhirat sana..mengapa kita harus putus asa??..


mari sy cerita satu kisah yg berlaku keatas Khalifah Umar al-Khattab..Suatu ari is3 Saiyidina Umar menyuruh suaminya keluar dari rumah dgn berkata,"Keluarlah,aku tidak mahu tggl bersama-sama orang yg Allah tidak redha"..Saiyidina Umar pun kluar membawa diri..Tiba-tiba dia tersepak batu dan kaki nya berdarah..Lalu Saiyidina Umar pulang kerumah semula..Melihat keadaan suaminya yg berdarah,si is3 menyambut kepulangan suaminya dengan senyuman manisnya..


Mengapa is3 Umar terseyum sdgkn td dia marah2 Umar..Dia kata,"aku takut kemurkaan dan kebencian Allah bersama2 mereka yg langsung tidak ditimpa ujian wahai suami ku.."


Oleh itu ujian itu adalah salah satu tanda kasih syg Allah untuk kita..Disebalik ujian yg kita timpa tersembunyi rahmat dan kasih Allah..






Sebab knape tuhan turun kan hujan,dan tuhan turunkn panas??tp stiap kali tuhan turunkn dua keadaan itu kita masih x bersyukur.."Ala kenape panas sgt ni...asal la x ujan2"..."Ala nape ujan x berenti2 ni..sejuk la cmni..takut kng bnjir plak..."


Ar lihat x ape yg manusia selalu ungkap...tp cube kite renung kn knape thn turun kn ujan n turun kn panas??Sebab tuhan nk kurniakan pelangi yg indah tuk kita semua....
Jadi trus maju langkah kn kaki,kuat kn diri dan percaye stiap ape yg tuhan beri membuat kn kite selalu beringt tntg kslpn n klmhn diri kite serta membuktikan Allah itu lebih berkuasa...

Monday, March 1, 2010

erti kedatangan 12 Rabiul Awal

walau pun sudah beberapa hari berlalu tarikh istimewa iaitu tarikh kelahiran nabi muhammad SAW namun saya masih teringin mencoret erti kdtgn 12 Rabiul Awal itu..Lahir nye baginda telah memberi sinar kehidupan dalam sume umat manusia..Mari kita renung kan bersama...


prophets-maqam.jpg
Sejurus selepas kewafatan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Abu Bakr mengajak Umar, “ayuh, mari kita ke rumah Ummu Ayman”.
Selepas disampaikan berita kewafatan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Ummu Ayman menangis dengan tangisan yang berat.
“Apakah yang ibu tanggung dalam tangisanmu wahai Ummu Ayman? Apakah tidak ibu ketahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu adalah jauh lebih baik buat Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam?” Abu Bakr dan Umar cuba mencungkil beban hati Ummu Ayman.
Lantas beliau berkata, “Sesungguhnya aku, demi Allah, mengetahui akan benar katamu, bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik buat Rasul-Nya. Tangisanku bukanlah kerana itu wahai Abu Bakr dan Umar. Akan tetapi… aku menangis dan hiba dengan berita yang kalian bawa, kerana sesungguhnya WAHYU TELAH TERPUTUS DARI LANGIT… buat selama-lamanya…”
Tersentak Abu Bakr dan Umar… lantas mereka berdua turut menangisi hakikat kewafatan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam pada waktu Dhuha di pagi Isnin, 12 Rabi’ al-Awwal tahun ke-11H tersebut. Tiada lagi wahyu… dan moga Ummah ini dikurniakan Allah upaya hidup pada tiada lagi seorang Nabi, pembimbing jalan, pengubat lara hati… terutamanya pada hari-hari yang penuh derita ini.
Wa Shallallahu ‘ala Sayyidina Muhammad al-Nabi al-Ummi wa ‘ala Aalihi wa Sahbihi wa Sallim Tasleeman Katheera, ‘Adada Maa Ahaata Bihi ‘Ilmuhu wa Khatta bihi Qalamuhu wa Ahsaahu Kitaabuh!
- petikan al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir [juzuk 5 / 273 - 275]
ANTARA TAWA DAN HIBA
Jamuan
Kemeriahan
Perarakan
Kegembiraan
Cuti dan kerehatan
Hakikatnya 12 Rabi’ul Awwal yang diraikan
Tiada pasti benarkah itu tarikh kelahiran
Insan mulia Nabi Junjungan
Namun tercatat oleh satu kepastian
Ia tarikh sebuah kematian
Pemergian yang tiada kepulangan
Kembalinya Muhammad kepada Tuhan
Kekasih Tinggi Baginda yang Rahman
Fee al-Rafeeq al-A’laa
Fee al-Rafeeq al-A’laa



ABU SAIF @ www.saifulislam.com
12 Rabi’ ul-Awwal 1431H
68000 Kuala Lumpur

mengucup ujian Allah..

ujian itu tanda kita sedang diberi perhatian

Manusia,apabila namanya manusia,maka hidupnya pasti ada ujian.Tiada manusia yg hidupnya tiada ujian.Justeru,persoalan yg sepatutnya kita letakkn dlm diri kita bukanlah bagaimana mengelak ujian tapi bgaimana nk berhadapan ngn ujian Allah.

Bukan mudah untuk manghadapi ujian.Kita bukannya besi keluli.Hati kita lembut dan amat sensitif.Sebab itu apabila berhadapan ngn ujian,biasanya kita mudah hilang rasional.Sebab itu,cabaran,halangan,dugaan yg menimpa kita adalah ujian untuk menguji keimanan kita.

"Apakah manusia itu mengira,mereka itu akan dibiarkan berkata:Kami beriman,
sedangkan mereka belum diuji"

(al-ankabut:2)



Saya ingin berkongsi satu kisah.Kisah seorang hamba yg mengucup ujian Allah dengan penuh kesyukuran dan positif.Kisah ini,diceritakan oleh pensyarah Akidah di Universiti Yarmouk dan watak utamanya adalah sahabat baik pensyarah itu..

Hamba itu merupakan seorang yg mempunyai segala-galanya.Dia bertumbuh tggi dan wajahnya amat kacak.Dia juga berketurunan kenamaan dan amat kaya.Perawakannnya kemas,dan dia amat menawan.

Tidak cukup dengan rupa paras dan harta,dia juga amat genius.Awalnya menjadi pakar dalam bidang sains,kemudian ditawarkan dalam bidang pengkomputeran tentera,tetapi menolak dan akhirnya mengaji di bidang agama.Dia menjadi seorang yg amat pakardi Universiti Muhammad Al-Khamis,Maghribi..

Hamba itu telah berkahwin.Isterinya juga seorang yg kaya,cantik,rebutan ramai,solehah dan sebagainya.Hamba ini mempunyai segala perkara yg dikehendaki manusia di atas dunia ini.Itulah kata pensyarah Akidah yg menggmbarkan shbtnya itu hampir sempurna.

"Namun,tiada manusia yg sempurna hidupnya."kata pensyarah itu selepas menceritakan kesempurnaan hidup sahabatnya.
Hamba itu berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak.Allah mengujinya dgn memberikn ank2 nya penyakit.Yakni penyakit otak lemah,lambat berkembang.Ketika berumur 10thun,anaknya masih tidak boleh menghafal nombor 1-10 dan tidak mampu juga untuk mengenali abjad ABC.Ketiga-tiga anaknya demikian.Doktor kata,mereka akan berfikiran seperti anak berumur 10thun hanya apabila mencapi umur 20thun.

Maka ramai lah yg berkata,"Tiada siapa akan berkahwin dengan anak perempuannya","Tiada anak lelakinya yang mampu meneruskan perniagaannya".

Dan kita,bayangkan jika itu kita,mendapat ujian anak sedemikian rupa,dikata-kata oleh masyarakat pula.Apa perasaan kita?
Pastinya tertekan.

Pada suatu hari,pensyarah Akidah pulang dengan kereta Hamba itu.Didalam kereta,pensyarah Akidah itu menyatakan betapa dia sedih dengan situasi yg dihadapi oleh sahabatnya itu.Hamba itu bertanya,"Kamu kasihan kan aku kah?"
Pensyarah Akidah itu mengiakan.Kemudian hamba itu berkata,"Keadaan aku ini,tidak perlu disedih atau dikasihan kan.Malah patut disyukuri".
"Aku ini,mempunyai segala sebab utk aku takbur.Aku,Allah kurniakan nikmat yg sgt byk.Namun,dengan adanya anak2,aku mampu beringat betapa Allah SWT itu lebih berkuasa,lebih besar.Wujudnya anak-anak aku ini,ibarat hadiah daripada Allah SWT,menyelamatkn aku jauh daripadanya,dan mendekatkn aku kpd nya.Andai anak aku ini bukan dari tulang sulbi ku,pasti akan aku katakan itu hadiah yg turun dari langit khas untuk ku".

Mendengar itu,pensyarah Akidah itu senyap..

Itulah dia hamba Allah SWT.Dia memang sebenar-benarnya manghambakan dirinya.Tidak pula dia rasa ujian itu menyukarkan kehidupannya hingga dia gundah gulana tetapi dia menggunakan ujian pula sebagai batu loncatan untuk dia mendekatkan diri kpd Allah.

Kita bagaimana?Sama-samalah kita duduk sebentar muhasabah dan koreksi diri ini.Mengucup ujian Allah,dengan penuh rasa kesyukuran.Ujian itu tanda kita sedang diberi perhatian.



SELAMAT BERAMAL.