Monday, June 21, 2010

tabah kan hati man !!!

alhamdulillah lagi 2 minggu untuk aku menjejakkan kaki ke menara gading dengan membawa seribu harapan,dengan membawa kegembiraan kepada ibu ayah yang banyak bersusah payah,berhempas pulas,bermandi keringat dan membanting tulang tuk membesar kan anak-anaknya...jasa ibu dan ayah tak akan aku lupa...sewaktu aku mendapat tawaran kemasukan ke USM,terpancar riak kegembiraan dan bangga pada raut wajah mereka..aku dapat merasakan terdetik dihati mereka,inilah hasil nya anak-anak ku dah berjaya..perlu berusaha tuk lebih berjaya..susah macam mana pun keluarga aku,aku tetap terima dengan penuh redha..aku tahu aku bukan dilahirkan dengan keluarga yang senang lenang dan mewah tapi aku masih berasa bangga dengan diri ku diri ibu dan ayah aku..

sebenarnya aku terasa banyak nya kepreluan duit yang perlu diguna kan untuk masuk universiti...dan aku tahu aku tengah kesesakan duit..cek yang PTPTN beri nanti tidak cukup untuk aku melakukan pembayaran yuran semasa hari pendaftaran nanti..PTPTN hanya akan memberi rm1500 sahaja dan yuran yang perlu aku jelas kan sebanyak rm1804..aku risau aku sedih sebenarnya bila fikir pasal duit..aku tahu mak ayah pun tengah masalah kewangan..aku tak nak beritahu semua ni supaya takut membuat mereka bertambah pening memikir tentang duit aku sahaja..aku terpaksa bekerja lagi rasanya tuk aku dapat kan duit bagi menampung perbelanjaan aku nanti..aku tahu aku belum mengurus kan kesemua urusan-urusan kemasukan aku nanti..tapi aku terpaksa wat macam ni..sebab aku tak nak menyusah kan mak ayah aku...

Ya Allah berilah aku kekuatan,permudahkan lah segala urusan ku..aku harap aku masih ade kesabaran yang tinggi tuk menghadapi ujian mu ini...ku anggap ujian ini satu landasan permulaan tuk aku berjaya...

ameeennnnn....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home