Monday, March 1, 2010

mengucup ujian Allah..

ujian itu tanda kita sedang diberi perhatian

Manusia,apabila namanya manusia,maka hidupnya pasti ada ujian.Tiada manusia yg hidupnya tiada ujian.Justeru,persoalan yg sepatutnya kita letakkn dlm diri kita bukanlah bagaimana mengelak ujian tapi bgaimana nk berhadapan ngn ujian Allah.

Bukan mudah untuk manghadapi ujian.Kita bukannya besi keluli.Hati kita lembut dan amat sensitif.Sebab itu apabila berhadapan ngn ujian,biasanya kita mudah hilang rasional.Sebab itu,cabaran,halangan,dugaan yg menimpa kita adalah ujian untuk menguji keimanan kita.

"Apakah manusia itu mengira,mereka itu akan dibiarkan berkata:Kami beriman,
sedangkan mereka belum diuji"

(al-ankabut:2)



Saya ingin berkongsi satu kisah.Kisah seorang hamba yg mengucup ujian Allah dengan penuh kesyukuran dan positif.Kisah ini,diceritakan oleh pensyarah Akidah di Universiti Yarmouk dan watak utamanya adalah sahabat baik pensyarah itu..

Hamba itu merupakan seorang yg mempunyai segala-galanya.Dia bertumbuh tggi dan wajahnya amat kacak.Dia juga berketurunan kenamaan dan amat kaya.Perawakannnya kemas,dan dia amat menawan.

Tidak cukup dengan rupa paras dan harta,dia juga amat genius.Awalnya menjadi pakar dalam bidang sains,kemudian ditawarkan dalam bidang pengkomputeran tentera,tetapi menolak dan akhirnya mengaji di bidang agama.Dia menjadi seorang yg amat pakardi Universiti Muhammad Al-Khamis,Maghribi..

Hamba itu telah berkahwin.Isterinya juga seorang yg kaya,cantik,rebutan ramai,solehah dan sebagainya.Hamba ini mempunyai segala perkara yg dikehendaki manusia di atas dunia ini.Itulah kata pensyarah Akidah yg menggmbarkan shbtnya itu hampir sempurna.

"Namun,tiada manusia yg sempurna hidupnya."kata pensyarah itu selepas menceritakan kesempurnaan hidup sahabatnya.
Hamba itu berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak.Allah mengujinya dgn memberikn ank2 nya penyakit.Yakni penyakit otak lemah,lambat berkembang.Ketika berumur 10thun,anaknya masih tidak boleh menghafal nombor 1-10 dan tidak mampu juga untuk mengenali abjad ABC.Ketiga-tiga anaknya demikian.Doktor kata,mereka akan berfikiran seperti anak berumur 10thun hanya apabila mencapi umur 20thun.

Maka ramai lah yg berkata,"Tiada siapa akan berkahwin dengan anak perempuannya","Tiada anak lelakinya yang mampu meneruskan perniagaannya".

Dan kita,bayangkan jika itu kita,mendapat ujian anak sedemikian rupa,dikata-kata oleh masyarakat pula.Apa perasaan kita?
Pastinya tertekan.

Pada suatu hari,pensyarah Akidah pulang dengan kereta Hamba itu.Didalam kereta,pensyarah Akidah itu menyatakan betapa dia sedih dengan situasi yg dihadapi oleh sahabatnya itu.Hamba itu bertanya,"Kamu kasihan kan aku kah?"
Pensyarah Akidah itu mengiakan.Kemudian hamba itu berkata,"Keadaan aku ini,tidak perlu disedih atau dikasihan kan.Malah patut disyukuri".
"Aku ini,mempunyai segala sebab utk aku takbur.Aku,Allah kurniakan nikmat yg sgt byk.Namun,dengan adanya anak2,aku mampu beringat betapa Allah SWT itu lebih berkuasa,lebih besar.Wujudnya anak-anak aku ini,ibarat hadiah daripada Allah SWT,menyelamatkn aku jauh daripadanya,dan mendekatkn aku kpd nya.Andai anak aku ini bukan dari tulang sulbi ku,pasti akan aku katakan itu hadiah yg turun dari langit khas untuk ku".

Mendengar itu,pensyarah Akidah itu senyap..

Itulah dia hamba Allah SWT.Dia memang sebenar-benarnya manghambakan dirinya.Tidak pula dia rasa ujian itu menyukarkan kehidupannya hingga dia gundah gulana tetapi dia menggunakan ujian pula sebagai batu loncatan untuk dia mendekatkan diri kpd Allah.

Kita bagaimana?Sama-samalah kita duduk sebentar muhasabah dan koreksi diri ini.Mengucup ujian Allah,dengan penuh rasa kesyukuran.Ujian itu tanda kita sedang diberi perhatian.



SELAMAT BERAMAL.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home