Friday, September 3, 2010

sejauh mana tarbiyah ini memanduku...

Syawal kian menjelang,kian berakhir ramdhan yang dijanjikan Allah swt penuh dengan pengampunan dan kebaikan.Bersediakah diri ini merdeka dari kelas yang mendidik kita dengan cinta dan rasa penuh kehambaan??
"Tarbiyah kan aku ya Allah..tarbiyahkan aku selamanya.."..


Terimalah realiti walaupun pahit atau amat pedih..Itulah anak tangga yang kita mesti pijak untuk melonjak ke daerah lebih tinggi.Jika kita lari,pasti anak tangga yang sama akan memburu dan menghantui kita dalam rupa yang berbeza tetapi mesejnya tetap sama.Kita tidak akan naik keatas,kita selamanya akan berada di kelas itu juga.Begitulah kata mereka yang arif,cara Allah swt mendidik kita dalam lumrah kehidupan ini.

Ingatlah diri yang bernama manusia.Dunia ini adalah sebuah sekolah.Kita di sini bukan untuk didera tetapi untuk ditempa,dididik oleh mu rabbi paling agung dengan mehnah (ujian),qada' serat qadar nya.Pelajaran itu kadang2 diletakkan Allah swt pada manusia lain,pada peristiwa,pada kejadian,pada penyakit,pada kegagalan,pada kejayaan,Maka sekalung ijazah bernama Qalbun Salim (hati yang sejahtera)



Di mana kita dalan Universiti kehidupan ini??Masih bertatih dalam sekolah rendah yang tidak pernah meningkat kelas??(masih mengeluh dan berontak bila diuji?)atau masih di "sekolah menengah" yang masih terkial-kial menduduki peperiksaan yang sama setiap tahun demi tahun??(kekadang tenang kekadang resah bila diuji) atau paling malang masih diperingkat tadika yang masih tidak matang,alpa dan masih terus ingin bermain-main??Ketika para Salafussoleh membawa kurnia keampunan dan cinta yang begitu tinggi dan indah apa yang kita bawa untuk diri ini???

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home