Monday, April 18, 2011

Berjuang membawa bersama rahmat Ilahi

Assalamu'alaikum wrt.wbt.....

esok tiba hari pertama perjuangan ku di dewan peperiksaan...ku harap tuhan mengurniakan aku kefahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir dengan Mu juga kurniakanlah aku kesihatan Wahai Tuhan yang Amat Pengasih..selalu aku berfikir dan umpama hati ini cuba bermonolog dengan Allah..adakah umur yang tuhan beri kan kepada ku sampai lah ke saat ini, tanda tuhan menyanyangi tau memurkai aku..namun aku masih percaya walau pe pun Engkau tetap menerimaku..

aku sudah mengulangkaji pelajaran, dan berusaha tuk mempertingkatkan amal ibadah ku, dan aku masih tidak tahu sama ada ia nya diterima atau tidak..namun ku masih takut adakah dosa-dosa ku yang dulu menghalang aku tuk mendapat pertolongan Allah..ampunkan lah aku ya Allah..aku merindui pipiku dibasahi air mata di malam hari..menagih simpati dan kasih sayang mu yang tidak bertepi, menagih hati ini dididik saban hari dan waktu kearah kebaikan, menagih iman dihati dirasai peningkatan nya..kuat kan lah diri ku ya tuhan dan beri lah aku peluang tuk aku berkhalwat bersama mu di malam hari kerana aku terasa sgt kurang aku beratap sedih dan dosaku di hadapan mu..maafkan aku kerana kadang kala mengingkari perintah mu..

berilah petunjuk kepada ku supaya aku merasakan kau sedang berbicara dengan ku..jangan kau biarkan aku hidup dalam kesenangan yang melalai kan..aku berharap perjuangan ku di hari esok akan mendapat berkat dan rahmat payungan mu..supaya jiwa ku tenang..


Ku tahu,Kejayaan semanis madu, memerlukan perjuangan sepahit hempedu. Gelombang fitnah yang kian mengganas terpaksa ditempuh dengan bahtera iman yang tuntas..semoga hari esok menjadi hari permulaan yang baik tuk kejayaan ku yang akan datang..terima kasih ya Allah atas limpah rezeki dan kasih sayang Mu yang tidak bertepi....

SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN ESOK...!!! INGAT ALLAH BERSAMAMU...BERSABARLAH...!!

Tuesday, March 15, 2011

demi cinta yang suci...

Demi Cinta Suci(U.N.I.C)
 
Pernah hatiku luka pedih 
Kerana dicalari cinta penuh duri 
Lemas aku dalam dilema 
Kata janji manis sungguh tak bermakna 


Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih 
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami 
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa 
Kau sebutir pasir tak berharga 

Demi cinta yang suci 
Ku rela korbankan kepentingan diri 
Demi sinar bahagia 
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa 

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci 
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri 
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya 
Menyubur iman di dalam jiwa 

Demi cinta yang suci 
Ku rela korbankan kepentingan diri 
Demi sinar bahagia 
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa 
Demi cinta hakiki 
Ku sanggup redahi apa yang terjadi 

Apalah erti cinta suci 
Andai janji-janji sering dimungkiri 
Apalah erti cinta murni 
Andai kata-kata sering didustai 


VuuTV - Watch Video

cahaya cinta...

gadisku
senyummu mengukir kebahagiaan buatku
mengubat duka yang menebal diperkarangan hatiku
aku tersenyum lebar saat memandangmu
tanda kasih dah sayangku terhadap dirimu
gadisku
belaianmu yang ayu telah berjaya menawan hatiku
membuatku jatuh rebah dipangkuanmu
ku mohon pada ilahi agar cinta ini terus bercahaya
sepertimana terangnya cahaya cinta suci adam dan hawa
gadisku
tidak lagi hati ini merasa sangsi terhadap cintamu
kerna dirimu lengkap dengan juadah pilihanku
ku mohon agar cinta ini terus bersemi
bagai suria menerangi bumi
gadisku
walau laut merubah pantai
walau angin merubah awan
namun cintaku terhadapmu tidak mungkin berubah
kerna dirimu gadis idamanku
gadisku
hilang segala sukma yang mencengkam jiwa
selepas mendengar irama bisikanmu
dirimulah ratu dihatiku yang mencintaiku tiap waktu

Friday, March 11, 2011

orang tak kan faham dunia aku..

kembali bertemu setelah sekian lama tidak mencoret..mungkin disini luahan hati perlu tuk meredakan segala kegusaran..minggu berganti minggu ku ingat kan tugas ku hmpir selesai tp semakin byk..xpela, aku merasakan kesibukan ini tuk tuhan bantu aku meraih keikhlasan dalam melakukan kerja dan membantu orang lain...insya Allah..

alhamdulillah ku harap bantuan ku kepada ibu ayah yg mempunyai masalah kewangan dpt mengurangkan sdikit beban mereka..aku dapat rasa kan mereka sedang kegawatan ekonomi..tak pernah seumur hidup ku, seorang ayah meminta seorang anak tuk meminjam duit seorang anak..selalu nya anak yg meminta duit kepada ibu ayah..bila masalah ini berlaku kepada diri ku, aku merasakan mesti mak ayah aku sgt2 memerlukan wang...ya Allah andai poket ku penuh beribu, ku akan berikan sbb aku merasakan kesusahan kau..bagaimana ketika aku sesak engkau terpaksa meminjam wang semata-mata untuk memberi anak kamu duit..walaupun pinjaman yg kau lakukan, kau x memberitahu anak kau..tapi aku tahu segalanya itu...

aku semakin nekad, aku tahu betapa susah nya mencari duit..aku tak mau meminta mak ayah ku duit walaupun aku sesak bagaimana pun..biar lah aku yg memberi..biar lah aku yg berlapar, biar lah aku yg menahan sakit kerana aku terlalu sayang kan kamu wahai ayah dan ibu..maaf kan aku..nilai yang tidak seberapa itu sahaja yang mampu aku membantu..jangan risau kan tentang ketiadaan duit aku...pandai lah aku mencari nya...

kadang kala aku sibuk bukan tuk mengisi masa luang aku..aku sibuk kerana aku ingin mencari wang poket ku sendiri..kerana ku tahu wang itu semakin hari semakin berkurang..aku dijemput kesana kesini dan aku dibayar..alhamdulillah..mekaseh ya Allah kerana memberi balasan yang baik dan rezeki selepas aku membantu kedua orang tua ku..aku bukan budak pembiyaan MARA atau JPA..aku hanya belajar dengan pinjaman PTPTN shj..mungkin ada orang yg tak faham..biar lah aku berlajar untuk tidak meminta lagi tetapi untuk memberi...jangan risau mak dan ayah, aku akan usaha tuk mencari wang ku sendiri tuk membantu mu....

aku terasa cukup lah keperitan ibu melahirkan aku, cukup lah sudah wang yg  banyak mereka perhabis kan tuk membesarkan ku, cukup lah wang yg terlalu byk mereka keluar kan yg masih belum mampu aku ganti..sekarang masa anak mu tuk membantu mu..aku rasa dari sudut hati ku, tiap kali ibu memasak kan anak2 mu hidangan tuk makan tgh hari dan malam, hidangan itu biasa2 shj kerana aku tahu, ibu ayah ku tidak mempunyai wang tuk kami makan sedap2..tp xmengapa anak mu kenyang dan tidak lagi memilih..

maafkan aku mak ayah..aku akan mencari lagi wang untuk membantu mu lagi...aku akan tinggal kan segala2 nya yang ada, semata2 hanya tuk mu...biarlah aku tidak dikasihi lagi, biarlah aku di perli sibuk macam seorang menteri, dan sebagainya..kerana aku dah meletak kan cinta ku pada mu ibu ayah kerana aku merasakan kesusahan mu yang teramat sgt..maafkan man dulunya menyusahkan mak ayah...

~ikhlas dari anakmu...-aiman-

Friday, February 11, 2011

semangat terus membara...

dua tiga menjak ni, aku merasakan sesuatu yang pelik dalam diri aku selepas balik raya cina hari tu...badan aku merasa amat letih bila tidur tp tidur ku cukup tenang..dalam 2 3 menjak ini juga aku asek terjaga di awal pagi..ku rasa masjid adalah tempat yang tenang tuk ku berkhalwat dengan Allah..spt hari sebelum-sebelum ni aku rasa amalan ku biasa-biasa shj..solat bersendirian, lebih selalu solat di bilik dan tetapi akhir-akhir ini semua nya bertambah baik..alhamdulillah..mungkin keraguan yang tuhan timbul kan 2 3 menjak ni mengingatkan aku semula di mana tempat aku harus mengadu..alhamdulillah..

akhir-akhir ini juga aku lebih berseorangan, berjalan berseorangan, makan berseorangan, dan aku merasakan ada sesuatu dalam hati yg belum masih terluah menyebabkan aku rasa ingin bersendirian dan mendiam kan diri dari kepoh seperti selalu...sehinggakan roomate aku pun ty aku.."man kau demam ke"..tp xpela..mungkin sedikit perubahan yang aku asa baik dan perlu diperbaiki lagi..mudah mudahan tuhan beri kekuatan minda, tubuh badan, kesihatan dan sebagai nya tuk aku menjalankan urusan nya sebagai hamba dan da'ie..

mungkin setakat ini sahaja sebab perlukan rehat disebabkan pemikiran dan tubuh badan yg tidak menentu tuk mencoret lebih panjang..insya Allah di lain hari kita bertemu lagi..

Wednesday, February 2, 2011

kepuasan sempena cuti rehat tahun baru cina

setelah sibuk mengurus kan majlis malam tamunita palapes laut pada 29jan yang lalu, ase kurang sikit beban ni..alhamdulillah, sempena cuti rehat sempena menyambut tahun baru cina ni dapat lah mengisi masa lapang dengan hadir ke studio hafiz hamidun melihat die compose lirik, lagu, record sume lah...mang kreatif betol la hafiz tu..suara die mang mantap..kepada kumpulan nasyid AIDIL, best of luck tuk album ku dakap cinta yang akan datang..best sgt..










semoga semua berjaya dan mendapat apa yang diimpikan..begitu juga kepada diri ku semoga tuhan permudahkan segala urusan..(^_^)..
 insya Allah...ada jalan nya (maher zain)

Tuesday, January 25, 2011

kejar sana kejar sini = letih + penat

minggu ni terlalu banyak kerja dan terlalu sibuk..rasa sedikit tertekan sebenarnya...tapi tak mengapa mungkin ni satu laluan tarbiah tuk aku..hari itu aku pergi ke Kelantan sempena pertandingan Debat Piala Naib Canselor (DPNC)..tapi tak ada rezeki, team aku tak dapat masuk untuk ke separuh akhir..tapi aku asa sangat seronok sebab dapat beli macam2 barang..aku beli selendang, beli baju pasang, beli tshirt, minyak wangi dan macam2 lah..sebenarnya bukan seronok beli barang sendiri, tapi rasa lebih seronok bila dapat beli barang tuk orang lain...
memori di Kelantan mang best..rasa macam nak pi lagi..

SEMASA SESI ARENA PERDEBATAN






SEMASA BERJALAN-JALAN MALAM ARI DI PANTAI CAHAYA BULAN



SESI DEBAT AKHIR PIALA NAIB CANSELOR (AMAN DAMAI vs PETAS)








SUDAH MAU PULANG KE USM, INDUK PULAU PINANG







SINGGAH DI KAWASAN BEBAS CUKAI DI RANTAU PANJANG







maaf la saya mang xsuka amek gambar banyak-banyak..ni je yang ada..semoga kenangan di Kelantan tetap mekar..hik2..cewahhhhh..xpe nanti boleh pi lagi sbb barang2 murah..(^-^)