Friday, December 25, 2009

belajar untuk lulus...???

Learning without thinking is useless
Thinking without learning is dangerous
- Confucius

Benar sekali kata-kata Confucius itu.
Bahawa belajar tanpa berfikir adalah sia-sia, berfikir tanpa belajar adalah merbahaya!..


Dua dimensi yang sama buruk ini harus kita renungkan bersama. Mungkin ia menjawab beberapa teka teki yang menghantui fikiran saya, tatkala hampir saban hari menerima soalan-soalan dari  rakan-rakan semasa di tingkatan 6 yang menunjukkan bahawa pembelajarannya tiada disertai dengan proses berfikir!..biasa lah yang malas belajar,mereka kata lah kami yg belajar ini,"ala ko belajar pun sebab periksa bukan ko paham pun kan2,sama la macam aku..aku malas nak paham kalau cikgu tu cakap aku pon tak paham.."


saya pun mula berbisik dihati..Amat lurus bendul fikirannya menadah maklumat hingga tahunya yang banyak itu, tidak berhasil membantu diri menjawab soalan kehidupan, di luar kertas peperiksaan..ruginya..


bagi saya,belajar tanpa berfikir adalah suatu kesia-siaan. Justeru tiada faedah pelajar lulus peperiksaan tetapi tidak menyertai latihan berfikir di sepanjang pembelajaran itu. Beliau lulus dengan hafalan, bukan dengan kefahaman. Tanda kelulusan dengan hafalan dan bukan kefahaman, ialah apabila hafalannya tidak dapat menguruskan realiti. Tafsirannya di awangan, terjemahannya berterbangan. Ideanya sangat tekstual, hingga teks berpisah dari konteks..cewahh...hehehe..
ini semua saya teringat masa perbualan saya dengan rakan-rakan..ape yang saya rasa kan betul saya lontar kan..





saya kata lagi...“Agama tidak tertegak dengan logik akal”,
“Agama juga tidak tertegak dengan membunuh akal”.
Lalu agama dibentangkan secara yang sungguh tidak masuk akal, demi memenangkan teks yang tidak diprosesnya melalui disiplin fikir..


selepas itu saya kait kan dengan puak muktazilah..apa yang saya belajar dahulu,ust zainuddin kata..."Muktazilah yang meletakkan akal mengatasi naqal (nas periwayatan), telah diuruskan nasib mereka oleh sejarah. Tetapi membuang Muktazilah, tidak harus sampai membuang akal."


jadi saya pun merasakan....Proses berfikir harus diteruskan, kerana tanpa berfikir, taqlid jadi parah, perjuangan membunuh taqlid juga menghasilkan taqlid yang kedua...


Terimalah teguran-teguran Allah, kepada manusia yang enggan berfikir. Hakikatnya kemalasan berfikir adalah suatu dosa...


wassalam...

2 Comments:

Blogger Ashirah Ibrahim said...

belajar tuk exam..huh..terigt diri sendiri..(@_@)

December 29, 2009 at 5:14 PM  
Blogger revogrades said...

so harap ape yg kurang kite same2 baiki ok??

December 29, 2009 at 9:58 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home