Thursday, December 24, 2009

kungfu panda...

saya rasa semakin seronok untuk bercerita dalam laman saya ini...hal ini berkaitan dengan masa depan kita yang kadangkala apa yang kita mahu tidak dapat..disebabkan kehendak kita dengan ibu bapa kita tidak sama..ataupun rezeki yang tuhan sudah tetapkan..saya suka nak kait kan ini dengan movie kungfu panda..sebab cerita ini boleh mengajar saya dan dia supaya terus berfikir..


alkisah...


“Po bercita-cita mahu menjadi juara Kungfu. Manakala Mr. Ping si ayahnya, mahukan Po menjadi pewaris kepada perniagaan mee istimewanya itu. Mr. Ping sentiasa teruja mahu mewariskan perniagaannya kepada Po sehingga dia hampir-hampir tidak pernah perasan akan impian Po yang amat berbeza. Menderita bukan?”


“Tetapi Po tidak sedar, segala penderitaan emosi dan fizikal yang dialaminya akibat tekanan impian Mr. Ping sebenarnya adalah latihan dan pengalaman yang melatih beliau menjadi hebat. Sesuatu yang tidak ada di dalam silibus pengajian The Jade Castle yang ditempuh oleh Furious Five dan Tai Lung!”









“Pertama sekali, kemahiran mengangkat lima mangkuk mee di sebelah tangan, bukan benda mudah. Kemudian, Furious Five tidak menjadi The Dragon Warrior kerana mereka hanyalah pelajar yang cemerlang menghabiskan silibus. Tiada kelebihan. Tai Lung pula walaupun menjadi seorang yang sangat hebat, gagal menjadi  The Dragon Warrior malah gagal mengalahkan Po sebab dia tiada pengalaman sehebat Po. Apa pengalaman hebat yang Po ada?”


“Tai Lung sentiasa dapat apa yang dia mahu. Dia tidak mampu menerima jawapan TIDAK dalam hidupnya. Itu menjadikan dia tamak dan gopoh. Berbeza dengan Po yang lama belajar bertolak ansur dengan kehendak Mr. Ping.  Dia akhirnya menjadi seorang yang lebih cekal, tabah, dan yang paling penting, TENANG!”


Jadi maksud saya disini,kalau kamu nak jadi scientist, dan perjalanan kamu menjadi scientist itu lancar tanpa cabaran, kamu hanya akan jadi scientist biasa. Kalau kamu nak jadi ahli perniagaan dan perjalanan kamu untuk mencapai cita-cita itu smooth tanpa halangan, kamu hanya akan menjadi ahli perniagaan yang biasa-biasa sahaja. Tetapi kesabaran kamu menempuh dunia yang realitinya seperti ini, akan menjadikan kamu seorang yang lebih sabar dan bersyukur satu hari nanti..


Dalam realiti kehidupan, kita tidak sentiasa dapat apa yang kita suka. Jadi kita kena belajar untuk suka apa yang kita dapat! Itulah kehidupan namanya...


supaya cerita saya ini dapat kembali kan semangat kita bersama untuk terus bersyukur..


insya Allah......

2 Comments:

Blogger Ashirah Ibrahim said...

saya pon nak jadi mr po la(^_^)

December 29, 2009 at 4:23 PM  
Blogger revogrades said...

hehehe..sy pon nk jagk..
po kuat,tabah cekal..
x mcm tai lung..tamak..kn..

December 29, 2009 at 10:01 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home