Saturday, October 16, 2010

amanah...

dah lama rasa nya tak menulis sesuatu..terasa sgt merindui masa tuk memberi ilmu..mintak maaf kerana kesibukan yang dihadapi satu amanah yg perlu dipikul...mekaseh tuhan kerana masih memberi aku nyawa tuk aku bernafas menikmati nikmat mu..kau memberi aku tugas selaku pengerusi persatuan kerana kau percaya aku dapat memikul nya..aku berharap kau selalu mendidik hati ni untuk tunaikan amanah kamu dgn baik...

kalau difikir tentang kepimpinan, mampukah kita menjadi pemimpin seperti umar abdul aziz shingga kan sewaktu pemerintahan nya tidak ada seorang pun yang menerima zakat?? mampukah kita menjadi pemimpin seperti umar al khatab yang sggup berlapar dan orang yg terakhir berlapar kerana rakyat nye?? ya Allah berat nye amanah itu sebenarnya..tetapi sempurnakan lah amanah itu dengan upaya kita dan usaha kite seperti mana seekor burung kecil berusaha meniup api besar yang cuba membakar nabi Allah ismail..

jikalau amanah ku sekarang ini tidak aku sempurnakan dengan baik, nescaya aku manusia yang lebih truk dri gunung ganang,bukit bukau,lautan dan seluruh yang ade di alam ini..kerana sebelum manusia memikul amanah,Allah menawarkan amanah itu kepada seluruh alam bahawa jika amanah ini dapat dijalankan dgn baik, maka tuhan akan memberi ganjaran yg besar, tetapi jikalau tidak maka azab la bgi nya..mereka semua tidak mampu untuk memikul amanah, tetapi manusia sggup..sesungguhnya tuhan maha mengetahui..

aiman, walaupun kau masih mentah di alam universiti, jadi kn diri kau seorang yang hebat dengan menyampaikan sesuatu yg berguna, membantu orang tidak kire waktu, berlapar kerana takut akan meminta ibu bapa duit bila tak cukup, jalan kan tggjwb sebagai ketua dengan baik, supaya kau boleh hidup dalam keberkatan dan rahmat..truskan AIMAN...kepenatan mu akn dibayar..sentiasa ucap alhamdulillah kerana semua ini nikmat dan amanah untuk kamu....

2 Comments:

Blogger Nailofarhazirah said...

jgn berlapar. lebih baik banyakkkan berpuase sunat.. ngee~

October 17, 2010 at 3:09 AM  
Blogger revogrades said...

hik2..mekaseh anis..insya Allah akan dilakukan..

October 17, 2010 at 5:34 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home