Monday, May 10, 2010

kerja kebanyakan mengajar aku erti hormat..

alhamdulillah rasa nya sudah hampir 3 hari aku berkerja sebagai penjual,pencuci,pemasak hanya di kantin sekolah..gelagat-gelagat kerja dengan orang kebanyakan mengajar aku rasa lebih hormat dengan menusia..aku terfikir,aku tanamkan dalam diri,hidup ini bukan hanya hubungan dengan Allah sahaja baik tetapi hubungan sesama manusia juga baik..insya Allah semua manusia akan sayang..bukan sahaja manusia tetapi haiwan tumbuh tumbuhan juga turut berdoa kepada Allah untuk kesejahteraan kita..dan Allah juga sayang kepada hamba nya yg bersifat baik..tanam kan rasa rajin,tidak memilih,tidak cerewet,tidak kesah,suka menolong nescaya kau juga akan senang didekati...

baru hanya 3 hari aku bekerja.aku tutup kepandaian,aku letak kan diri disatu tahap dimana aku berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka,aku senang didekati...aku mula dirindui,nama ku selalu disebut-sebut bila aku tak datang bekerja...aku hargai mereka..aku ibarat kan mereka seperti kakak dan makcik makcik aku..aku dapat rasa satu hubungan yang baik antara kami..

aku mula merenung bila ada sedikit masa terluang...andai aku seorang bos dan aku baik dengan pekerja-pekerja dan aku meletak kan diri sebagai pekerja walaupun aku sebagai bos,aku rasa aku akan jadi seorang yang kaya..kaya bukan diukur dengan wang melimpah ruah..kereta mewah berderet2 di halaman rumah,atau aset aku yg banyak,tapi aku mula sedar,OH,kaya yang paling berharga,bila aku kaya dengan budi bahasa dan hormat orang lain walau pun satu hari mane lah tahu aku sebagai bos..sebab dengan kekayaan itu aku boleh senang aku lebih bahagia..ade juga orang yang kaya tapi tidak bahagia,ada juga orang kaya tp kedekut,ada juga orang kaya tapi bakhil tamak dan sebagai nya..jadi berbuat baik la kepada orang lain sepertimana kita suka jika perkara baik dilakukan kpd kita,maka kita akan jadi seorang islam...dan redha lah dengan pe sahaja ketentuan Allah maka kita akan jadi seorang yg kaya..insya Allah...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home